Telefilem Ramadan I Miss You Di TV3

Sebuah telefilem terbaru akan menemui penonton berjudul Ramadan I Miss You yang mana ianya akan disiarkan pada hujung minggu ini menerusi saluran TV3.

Sebuah telefilem hiburan sekeluarga yang menampilkan gandingan Zahiril Adzim bersama Zarazya sebagai teraju utama dalam cerita ini.

ramadan i miss you

Sinopsis Telefilem Ramadan I Miss You

Telefilem Ramadan I Miss You mengisahkan tentang Asri yang pulang ke kampung demi membantu neneknya berniaga di bazar Ramadan.

Namun kerana penyakit gastriknya, dia berasa susah hati untuk berpuasa di kampungnya. Dia telah berkenalan dengan Aishah dan jatuh hati dengannya.

Barisan Pelakon

Menampilkan lakonan best daripada Zahiril Adzim, Zarazya, Fathil Dani, Megat Sharizal, Kismah Johar dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Zahiril Adzim sebagai Asri
  • Zara Zya sebagai Aishah
  • Kismah Johar sebagai Nenek

Produksi & Pengarah

Telefilem romantik komedi ini merupakan arahan Aliff Ihsan Rahman, nukilan skrip daripada MF Kencana bersama Zaidy dan diterbitkan oleh produksi Arca Creative House Sdn. Bhd.

Advertisements

Waktu Bersiaran

Telefilem Ramadan I Miss You akan menemui penonton pada 31 Mac 2024, bersiaran pada hari Ahad, pukul 10.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh strim secara online di Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 31 Mac 2024 (Ahad)
Masa : 10.00 Malam
Skrip : MF Kencana & Zaidy
Pengarah : Aliff Ihsan Rahman
Produksi : Arca Creative House Sdh. Bhd.

Leave a Comment