Telefilem Ramadan Terindah Di TV9

Bulan Ramadan tiba lagi dan sempena itu, dibawakan kembali telefilem Ramadan Terindah yang akan menemui penonton di saluran TV9 pada hari Jumaat ini.

Sebuah telefilem yang pastinya membawa banyak pengajaran dan sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat untuk tahun 2024.

ramadan terindah

Sinopsis Telefilem Ramadan Terindah

Telemovie Ramadan Terindah mengisahkan tentang Munirah yang menjaga ibu dan dua orang anak saudaranya yang yatim piatu, Dina dan Nasrul.

Jiran mereka, Khai yang memang sentiasa dikenali dengan niat jahatnya kepada Munirah. Mustaza seorang pemuda yang baik hati menjadi rapat dengan Munirah mencadangkan agar Munirah melabur dalam emas.

Kehidupan Munirah semakin senang sejak pelaburan emasnya membuahkan hasil, tetapi sering timbul syak wasangka dari kalangan orang kampung.

Dalam diam, Mustaza menaruh hati kepada Munirah kerana sikapanya yang lemah lembut dan sentiasa menjaga kebajikan ibunya.

Sebelum Mustaza pindah, dia melamar kepada Munirah tetapi ditolak Munirah kerana Munirah ingin menyerahkan seluruh nyawanya ke jalan Allah SWT.

Barisan Pelakon

Antara nama-nama yang terlibat dalam telefilem ini seperti Noorkhiriah, Fauzi Nawawi, Zamarul Hisyam, Ruminah Sidek, Farah Nadiah, Muhd Daniel Zulkifli dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Noorkhiriah sebagai Munirah
  • Fauzi Nawawi sebagai Khai
  • Zamarul Hisyam sebagai Mustaza

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan arahan sutradara Mohd Fairuz Loy dan diterbitkan oleh syarikat produksi Enuja Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan kembali telefilem Ramadan Terindah ulangan pada 22 Mac 2024, hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau secara online di Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 22 Mac 2024 (Jumaat)
Waktu : 8.30 Malam
Pengarah : Mohd Fairuz Loy
Produksi : Enuja Production Sdn. Bhd.

Leave a Comment