Telefilem Rekah Di Jari Kak Long Di TV2

Ikuti kisah kekeluargaan menerusi telefilem Rekah Di Jari Kak Long yang akan menemui penonton semula pada 30 Januari ini menerusi slot Drama On 2 di TV2.

Sebuah telefilem yang mengisahkan bagaimana Kak Long yang terpaksa menjadi ketua keluarga mencari nafkah untuk adik-adik selepas ayahnya jatuh sakit.

rekah di jari kak long

Sinopsis Telefilem Rekah Di Jari Kak Long

Telefilem Rekah Di Jari Kak Long mengisahkan tentang Kak Long yang terpaksa menggalas tanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga setelah ayahnya jatuh sakit.

Oleh itu, dia menoreh getah bagi menanggung ayah dan adik-adiknya.

Kak Long kecewa kerana Syafik menghilangkan diri semasa hari pernikahan mereka sehingga menyebabkan ayahnya meninggal dunia.

Lukman yang menaruh hati pada Kak Long telah membuat fitnah sehingga Syafik percaya Kak Long bukan perempuan yang baik.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Beto Kusyairy, Nazeera Sardi, Ayu Ayuni Mzul Helmy, Zack Zabhas, Shamer Rashid, Putri Qaseh dan ramai lagi.

Watak Lakonan

Beto Kusyairy sebagai Shafik
Nazeera Sardi sebagai Kak Long/Azizah
Putri Qaseh sebagai Azlina
Mzul Helmy sebagai Luqman
Zack Zabhas sebagai Abdullah
Ayu Ayuni sebagai Azura
Shamer Rashid sebagai Azam

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Shuhaimi Zulkefli, penulisan skrip daripada Naza Manas dan diterbitkan oleh produksi Early Bird Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa saksikan telefilem Rekah Di Jari Kak Long pada 30 Januari 2024, hari Selasa, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 dan RTM Klik.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 30 Januari 2024 (Selasa)
Waktu : 9.000 Malam
Penulis Skrip : Naza Manas
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Produksi : Early Brid Production Sdn. Bhd..

Leave a Comment