Telefilem Restu Ayah Di TV9

Telefilem Restu Ayah ketika kali pertama ditayangkan pada tahun 2019, telah dicalonkan dalam Anugerah Skrin 2019.

Kini telefilem arahan Isqandar Jebat ini akan menemui anda sekali lagi pada 26 April ini menerusi saluran slot Skrin Di 9.

Sinopsis Telefilem Restu Ayah

Telefilem Restu Ayah mengisahkan tentang Azlan yang terlalu dimanjakan ibu bapanya, sehinggakan sifatnya yang suka dipuji terbawa di dalam kehidupan sehariannya bersama jiran-jiran dan juga di sekolah.

Kebahagiaan ini dapat dilihat di rumah dan disekolah apabila segala aktiviti serta kelakuan Azlan yang suka menuntut pujian itu disenangi oleh kawan-kawan serta guru dan ibu bapanya.

Situasi ini menjadikan Azlan seorang yang sering diberi tumpuan oleh kawan-kawan, guru, jiran-jiran dan ibu bapanya.

restu ayah

Satu hari semua ini ibarat berkubur. Ibu bapa Azlan terlibat dengan kemalangan sewaktu pulang dari menghantar Azlan ke sekolah.

Akibat kemalangan itu ibu Azlan meninggal dunia dan bapa Azlan buta sebelah mata dan patah kaki.

Sejak peristiwa itu Azlan tidak dapat memaafkan bapanya. Azlan menuduh bapanya punca musnahnya kebahagiaan yang beliau kecapi selama ini.

Pelakon & Watak

Telefilem ini menampilkan lakonan daripada Azhan Rani, Atiq Azman, Badrul Muhayar, Sharifah Shahora, Watie Sadali, Mas Renny, Syed Ali dan ramai lagi.

Advertisements
  • Azhan Rani sebagai Wahid
  • Atiq Azman sebagai Azlan
  • Sharifah Shahora sebagai Ibu Ila
  • Watie Sadali sebagai Azura
  • Badrul Muhayat sebagai Roslan
  • Syed Ali sebagai Amar

Produksi Dan Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan sutradara Isqandar Jebat yang juga penulis skrip untuk cerita ini dan diterbitkan oleh produksi Hujan Lebat Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk tonton telefilem Restu Ayah yang akan menemui penonton pada 26 April 2024, hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau secara online di Tonton.

Dimana Disiarkan

Slot Skrin Di 9 di TV9

Waktu Disiarkan

26 April 2024, hari Jumaat, jam 8.30 malam

Leave a Comment