Telefilem Restu Ramadan Di TV3

Hujung minggu anda akan disajikan kembali sebuah telefilem berjudul Restu Ramadan yang akan bersiaran pada 23 Mac 2024 menerusi slot Cereka Pilihan di TV3.

Sebuah telefilem komedi yang memaparkan kehidupan masyarakat kampung dengan menampilkan lakonan daripada Mark Adam, Zaibo dan Amy Mastura sebagai teraju utama.

restu ramadan

Sinopsis Telefilem Restu Ramadan

Telemovie Restu Ramadan mengisahkan tentang seorang pekerja pembinaan iaitu Restu yang mana dia bekerja di sebuah kampung di Sabah dimana telah disambut baik oleh Pak Daud.

Hubungan baik antara mereka berdua telah disalah erti oleh Asrin. Pak Daud berjaya memperdaya Restu bahawa dia tidak dibenarkan untuk berpuasa kerana faktor usia.

Malahan, Restu juga makan pujukan Pak Daud yang dia juga tidak perlu berpuasa atas tuntutan kerja. Satu hari, kedua-dua ditangkap kerana tidak menjalankan amalan berpuasa. Asrin pula mengalami kecederaan akibat letupan mercun buatan sendiri.

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Mark Adam, Zaibo, Amy Mastura, Issey Fazlisham, Adik Syafi Danis, Mili Supina, Nurin dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Mark Adam sebagai Restu
  • Zaibo sebagai Pak Daud
  • Amy Mastura sebagai Mak Ram
  • Issey Fazlisham sebagai Astri
  • Adik Syafi Danish sebagai Fakhrul
  • Mili Supina sebagai Mak Teh
  • Nurin sebagai Mak Tam

Pengarah & Produksi

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan arahan sutradara Shuhaimi Lua, nukilan skrip daripada Zaharuddin Md Desa dan diterbitkan oleh produksi Tanah Beri Film Production.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan kembali telefilem Restu Ramadan pada 23 Mac 2024, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau secara online di Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 23 Mac 2024 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Skrip : Zaharuddin Md Desa
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production

Leave a Comment