Telefilem Retak Di TV3

Jangan lupa saksikan telefilem Retak yang akan menemui penonton semula pada 7 September 2024, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau secara online di Tonton.

Telemovie asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Azman Hj Yahya, nukilan skrip bersama daripada Rozie Rashid dan Akma Ahmad serta diterbitkan oleh produksi

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 7 September 2024 (Sabtu)
Masa : 2.00 pm
Penulis Skrip : Rozie Rashid, Akma Ahmad
Pengarah : Hj Azman Hj Yahya (Jinggo)
Produksi : JS Pictures Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon Dan Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Ayda Jebat, Azrel Ismail, Shahriza Mahmud, Liza Rafar, Riz Amin, Su Sophie, Alyah Fadzil, Anna Lopez, Noraini, Talita dan ramai lagi.

  • Ayda Jebat sebagai Saida
  • Azrel Ismail sebagai Iskandar
  • Shahriza Mahmud sebagai Zaila

Sinopsis Telefilem Retak

Telefilem Retak mengiskan tentang Saida iaitu seorang gadis remaja yang berkahwin diusia muda dengan Iskandar, perkahwinan mereka berdua menjadi misteri serta menjadi buah mulut orang.

Perkahwinan mereka yang terlalu ringkas serta dilakukan secara tergesa-gesa membuatkan ibu mertuanya tidak berpuas hati dan dapat merasakan seperti ada yang tak kena telah terjadi kepada Saida.

Advertisements

Saida bukalah anak orang susah, dia merupakan anak kepada seorang wanita yang kaya serta telah berkahwin buat kali kedua dengan seorang lelaki yang muda.

Setelah berkahwin Saida menetap bersama-sama dengan ibu mertuanya. Saida tidak bekerja hanya bergantung pendapatan daripada suaminya yang hanya bergaji kecil membuatkan ibu mertuanya tidak berpuas hati

Saida seolah-olah menyusahkan suaminya dari padangan mata Zaila. Pelbagai cara dilakukan oleh Zaila untuk merosakkan rumah tangga anaknya. Tetapi Saida lebih bersemangat dan sangat bersabar walaupun dibuli oleh dan disindir oleh Zaila.

Leave a Comment