Table Of Content
Slot Drama On 2 di TV2 akan diteruskan lagi dengan sebuah telefilem terbaru berjudul Rindu Rahman yang akan menemui penonton pada 22 Januari ini.
Sebuah naskah yang menampilkan barisan pelakon-pelakon ternama Malaysia seperti Wanafi Su, Puteri Sarah dan Mustaqim Bahadon
Sinopsis Telefilem Rindu Rahman
Telefilem Rindu Rahman mengisahkan pasangan Rahman dan Rohani dikurniakan seorang cahayamata bernama Zulaikha. Namun perkahwinan mereka diuji dengan kehadiran Zainal.
Rahman telah menceraikan Rohani kerana menyangka Rohani ada hubungan dengan Zainal.
Tidak dapat menerima kecurangan isteri, Rahman tidak memberi keizinan kepada Rohani untuk bertemu dengan anak mereka, Zulaikha.
Apabila dewasa, hidup Zulaikha pula dikongkong oleh ayahnya hinggakan hubungannya dengan Yusuf, jejaka pilihannya tidak direstui.
Barisan Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat seperti Wan Hanafi Su, Puteri Sarah Liyana, Mustaqim Bahadom, Sobri Anuar, Juita Johari dan ramai lagi.
Watak Lakonan
Wan Hanafi Su sebagai Rahman
Puteri Sarah Liyana sebagai Zulaikha
Mustaqim Bahadon sebagai Yusuf
Juita Johari sebagai Rohani
Produksi & Pengarah
Telefilem ini merupakan arahan sutradara Hashim Rejab, penulisan skrip daripada Haida Mazni dan diterbitkan oleh produksi Allout Pictures Sdn. Bhd.
Waktu Bersiaran
Untuk peminat drama melayu tempatan, jangan lupa saksikan telefilem Rindu Rahman yang ditayangkan pada 22 Januari 2024, hari Isnin, jam 9.00 malam di TV2 dan online RTM Klik.
Info Penuh Telemovie
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 22 Januari 2023 (Isnin)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Haida Mazni
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Allout Pictures Sdn. Bhd.