Telefilem Rujuk Di TV2

Telefilem Rujuk yang pernah ditayangkan pada tahun 2021 kini akan menemui penonton kembali iaitu menerusi slot Drama On 2 di TV2 pada 21 Mei ini.

Ianya merupakan sebuah telefilem yang mana mengisahkan bagaimana penerimaan ketentuan takdir hanyalah semata-mata dari Allah sahaja.

rujuk

Sinopsis Telefilem Rujuk

Telefilem Rujuk mengisahkan tentang Jefry iaitu seorang suami yang sentiasa melayani isterinya, Dian dan dua orang anaknya Amira dan Amirul dengan penuh kasih sayang.

Kematian rakan sepejabatnya Amy yang membunuh diri akibat kemurungan setelah ditinggalkan suami yang mati akibat kanser menghantui fikiran Jefry. 

Jefry tidak mahu musibah yang sama menimpa isteri dan anak-anaknya apabila dia disahkan mengidap kanser. Dia rela mati sendirian jauh dari keluarganya kerana tidak sanggup melihat keluarganya menderita dan meratapi kematiannya. 

Namun apakah jalan penyudahnya? Dapatkah mereka menerima ketentuan takdir bahawa ajal dan maut itu di tangan Allah yang Maha Pencipta?

Advertisements

Pelakon Dan Watak

Antara nama-nama yang terlibat dalam telemovie ini seperti Datuk Rosyam Nor, Marisa Yasmin, Fimie Don, Yuna Rahim, Maisarah Sufia, Halmey Hamdah, Ain Evon dan ramai lagi.

  • Datuk Rosyam Nor sebagai Jefri
  • Marisa Yasmin sebagai Dian
  • Fimie Don sebagai Amirul
  • Yuna Rahim sebagai Amira

Produksi & Pengarah

Telefilem ini merupakan idea asal Rosyam Nor sendiri, arahan dan nukilan skrip daripada sutradara Rashid Sibir dan diterbitkan oleh syarikat produksi Telemal Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Rujuk pada 21 Mei 2024, bersiaran pada hari Selasa, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Leave a Comment