Telefilem S Untuk Syawal Di TV3

Telefilem S Untuk Syawal yang menampilkan lakonan daripada Shafie Naswip, Ben Laden, Lisdawati dan Rusdi Ramli ini akan menemui penonton di TV3 semula pada 19 April 2024 sempena Aidilfitri.

Sinopsis Telefilem S Untuk Syawal

Telefilem S Untuk Syawal mengisahkan tentang Syawal Iskandar yang lahir pada 1 Syawal, iaitu anak tunggal kesayangan Sam dan Shila. Sam menemui ajal apabila diserang sakit jantung setelah 12 tahun genap kelahiran Syawal.

Syawal menyangka Shila mencari pengganti arwah Sam. Dia melarikan diri meninggalkan Shila menyambut Hari Raya sendirian. Shila cuba untuk memujuk hatinya dan membawa diri ke rumah orang tua.

Advertisements

Shila terlalu rindukan Syawal. Suatu hari, Shila terjatuh di bilik air dan ia mula mengubah hidupnya. Shila hidup terlantar di atas katil dalam keadaan yang lemah.

Tidak lekang di bibir Shila menyebut “S untuk Syawal, Syawal anak kesayangan ibu”, iaitu ungkapan yang kerap disebut ketika membelai Syawal semenjak Syawal dilahirkan.

s untuk syawal

Pelakon & Watak

Antara nama-nama pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Ben Laden, Shafie Naswip, Lisdawati, Rusdi Ramli, Ika Nabella, Norazian Ibrahim, Kamal Ibrahim, Mummee Noor, Bob Shahdan dan ramai lagi.

  • Shafie Naswip sebagai Syawal
  • Rusdi Ramli sebagai Sam & Syukri
  • Lisdawati sebagai Shila
  • Ika Nabella sebagai Nadia

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan arahan Heykal Hanifah, nukilan skrip daripada Mama Bella dan diterbitkan oleh produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

S Untuk Syawal akan bersiaran pada 19 April 2024, hari Jumaat, pukul 1.00 tenga hari di slot Wayang di TV3 atau penonton juga boleh strim di Tonton.

Advertisements

Dimana Disiarkan

Slot Wayang di TV3

Waktu Bersiaran

19 April 2024 (Jumaat), 1.00 tengah hari

Leave a Comment