Telefilem Sahur Terakhir Di TV2

RTM bawakan kembali telefilem Sahur Terakhir di akhir-akhir Ramadan ini yang mana anda boleh saksikan pada 8 April ini menerusi saluran TV2.

Sebuah telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 ini menampilkan lakonan daripada Fauziah Nawi, Mimi Lana, Saharul Ridzwan dan ramai lagi.

sahur terakhir

Sinopsis Telefilem Sahur Terakhir

Telefilem Sahur Terakhir mengisahkan tentang Zamani iaitu seorang bekas banduan yang ingin berubah untuk menjadi lebih baik selepas keluar penjara.

Namun begitu, perjalanannya bukanlah seperti yang disangka apabila dia tetap dibenci oleh penduduk kampung akibat dari kesalahan lampaunya, walaupun begitu Ibu dan adiknya Haikal cuba menerima Zamani seadanya.

Pelakon

Berikut merupakan nama-nama pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Fauziah Nawi, Mimi Lana, Azman Jantan, Ann Abdullah, Meor Afif, Zaryn Min, Adam Mika dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Saharul Ridzwan sebagai Zamani
  • Izzue Islam sebagai Haikal
  • Fauziah Nawi sebagai Rokiah
  • Mimi Lana sebagai Balqis
  • Azman Jantan sebagai Pak Ngah Taib
  • Ann Abdullah sebagai Jamaliah

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Hasniza Nordin, nukilan skrip bersama Ainaa Hanez dan Tinta Jingga serta diterbitkan oleh produksi Saphire Screen Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Sahur Terakhir yang akan bersiaran pada 8 April 2024, hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 dan secara online di RTM Klik.

Advertisements

Siaran Tayangan

TV2 dan online RTM Klik

Tarikh Bersiaran

8 April 2024 (Isnin)

Waktu Tayangan

9.00 Malam

Leave a Comment