Telefilem Samad Tedung Di TV3

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kembali telefilem Samad Tedung yang akan disiarkan pada Sabtu, 25 Julai 2026, jam 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3. Selain siaran di televisyen, karya ini turut boleh ditonton secara penstriman melalui platform Tonton.

Telefilem Samad Tedung pertama kali ditayangkan pada tahun 2019. Naskhah ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua, manakala skripnya dihasilkan oleh Adza Emie. Penerbitannya pula dikendalikan oleh Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 25 Julai 2026 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Idea Asal : Shuhaimi Lua
Penulis Skrip : Adza Emie
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Telefilem ini menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Faizal Hussein, Syed Mohd Irfan, Watie Sadali, Amar Asyraf, Sweet Qismina, Marissa Yasmin, Azam Pitt dan ramai lagi.

  • Faizal Hussein sebagai Samad Tedung
  • Syed Mohd Irfan sebagai Amir
  • Watie Sadali sebagai Rusmila
  • Amar Asyraf sebagai Aidil
  • Sweet Qismina sebagai Laila
  • Marissa Yasmin sebagai Marisa

Sinopsis Telefilem Samad Tedung

Telefilem Samad Tedung mengisahkan tentang Samad yang terkenal dengan sifat panas baran dan bengis sehingga seluruh penduduk kampung menggelarkannya sebagai ‘Samad Tedung’.

Sikapnya yang keras menyebabkan anak-anaknya sering menjadi mangsa kemarahannya, walaupun mereka hanya melakukan kesalahan kecil. Dalam masa yang sama, isterinya, Rusmila, tetap setia dan sabar melayan kerenah suaminya meskipun keluarganya berkali-kali menyuruhnya meninggalkan Samad.

Segala-galanya berubah selepas Rusmila meninggal dunia. Ketiadaan isteri membuatkan Samad berdepan akibat daripada perbuatannya sendiri apabila anak-anak semakin menjauhkan diri dan tidak lagi menghiraukannya kerana masih terluka dengan layanan yang pernah diterima.

Dalam kesunyian itu, Samad mula merasai kehangatan kasih sayang menerusi hubungan yang terjalin dengan seorang kanak-kanak, iaitu cucu kepada jirannya, yang sedikit demi sedikit mengubah kehidupannya.