Telefilem Satu Hari Di Bulan Puasa Di TV2

Dalam bulan Ramadan ini, RTM akan siarkan sebuah telefilem yang bermanfaat untuk tontonan ramai berjudul Satu Hari Di Bulan Puasa menerusi saluran TV2.

Telefilem yang menampilkan barisan pelakon seperti Hafreez Adam, Nazeera Sardi, Zaidi Omar, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

satu hari di bulan puasa

Sinopsis Telefilem Satu Hari Di Bulan Puasa

Telemovie Satu Hari Di Bulan Puasa mengisahkan tentang Iwan dan isterinya Wati, pulang ke kampung menyambut Ramadan setelah Wati kecewa kerana diberhentikan kerja.

Ramlah iaitu ibu kepada Wati yang mengusahakan perniagaan Bahulu gembira dengan kepulangan anak dan menantunya. Ini kerana Ramlah kebetulan mencari pembantu. Ramlah menyuruh anak dan menantunya tinggal sahaja di kampung untuk membantunya.

Satu hari, terjadinya kejadian yang tak diingini kepada Bahulu yang mereka hantar hingga terpaksa membuat perjanjian dengan Mamat untuk dapatkan kembali Bahulu tersebut!

Barisan Pelakon

Antara nama-nama yang terlibat dalam telefilem ini ialah Hafreez Adam, Nazeera Sardi, Zaidi Omar, Jasmin Hamid, Ayan Rahman dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Hafreez Adam sebagai Iwan
  • Nazeera Sardi sebagai Wati
  • Jasmin Hamid sebagai Cik Ramlah
  • Zaidi Omar sebagai Pak Arip

Produksi & Pengarah

Telefilem ini diarahkan oleh sutradara Malek Rahman, penulisan skrip daripada Azal Ezreen dan diterbitkan oleh syarikat produksi Cahaya Sufi Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Untuk peminat drama melayu tempatan, jangan lupa tonton telefilem Satu Hari Di Bulan Puasa pada 18 Mac 2024, hari isnin, pukul 9.00 malam di slot Drama On 2 di TV2 dan RTM Klik.

Info Penuh Telemovie

Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 18 Mac 2024 (Isnin)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Azal Ezreen
Pengarah : Malek Rahman
Produksi : Cahaya Sufi Sdn. Bhd.

Leave a Comment