Telefilem Sayang Suria Di TV3

Menerusi slot Wayang, TV3 bawakan kembali telefilem Sayang Suria yang akan menemui penonton pada tengah hari Jumaat ini di kaca tv.

Antara naskah terawal penglibatan Janna Nick dalam dunia lakonan yang mana ianya telah diterbitkan pada tahun 2015 dan kini diulang siar untuk orang ramai.

sayang suria

Sinopsis Telefilem Sayang Suria

Telemovie Sayang Suria mengisahkan tentang Suria yang merupakan pelajar baru di semester pertama tapi Suria tidak mempunyai kawan kerana kawan-kawannya menganggap dirinya pelik.

Suria sebenarnya mengidap SLE sejenis lupus – penyakit kronik di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri.

Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.

Suria kemudiannya berkenalan dan bersahabat dengan Rykal yang juga pelajar baru tapi berlainan fakulti. Persahabatan mereka membibitkan cinta namun ditentang oleh Sufi yang merupakan mama Rykal kerana menganggap mereka masih muda.

Rykal memberontak dan mengajak Suria untuk berkahwin. Kemudian kedua pasangan ini lari dan bernikah pada Semester 2. Dengan kehilangan mereka berdua, ibu bapa mereka berusaha untuk menjejaki mereka.

Masalah kesihatan Suria semakin melarat hingga dia terpaksa dibawa ke hospital. Pihak keluarga mereka akhirnya dapat mengesan Suria dan membawanya pulang.

Rykal kemudian dipaksa untuk menceraikan Suria, perkahwinan mereka dibubarkan dan keduanya terpisah. Rykal kemudiannya membawa diri ke luar negara.

Selepas 7 tahun, mereka berdua akhirnya bertemu secara tidak sengaja, tetapi Rykal sudah pun ada bakal isteri yang bernama Izara.

Manakala Suria pula masih hidup bergantung dengan ubatnya dan dia menjadi jurucakap untuk “hidup positif” dan Suria juga diminati Rash. Apa yang berlaku seterusnya? Apakah kebahagiaan akan menjadi milik Suria dan Rykal?

Advertisements

Barisan Pelakon

Antara nama-nama yang membintangi telefilem ini seperti Janna Nick, Hafeez Mikail, Hafreez Adam, Faye Kusairi, Eizlan Yusof, Marisa Yasmin, Fauzi Nawawi, Lisdawati dan ramai lagi.

Watak Lakonan

Janna Nick sebagai Suria
Hafeez Mikail sebagai Rykal
Hafreez Adam sebagai Rash
Faye Kusairi sebagai Izara
Marisa Yasmin sebagai Sufi

Produksi & Pengarah

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2015 ini merupakan arahan Jamal Khan, penulisan skrip daripada Sofia J. Rhyland dan diterbitkan oleh produksi Country & Universal Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Sayang Suria yang akan bersiaran semula pada 26 Januari 2024, hari Jumaat, pukul 1.00 petang menerusi slot Wayang di TV3 dan aplikasi Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2015
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 26 Jun 2023 (Jumaat)
Waktu : 1.00 Petang
Penulis Skrip : Sofia J. Rhyland
Pengarah : Jamal Khan
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.

Leave a Comment