Table Of Content
Saksikan telefilem Sayangku Damia yang akan menemui penonton semula pada 24 Januari 2025, hari Jumaat, jam 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh juga tonton secara online di aplikasi Tonton.
Pelakon & Watak
Antara nama-nama yang terlibat dalam telemovie ini seperti Haney Suraya, Kamal Adli, Roy Azman, Putri Mardiana dan ramai lagi.
- Haney Suraya sebagai Damia
- Kamal Adli sebagai Halim
- Roy Azman sebagai Pak Akub
- Putri Mardiana sebagai Salmah (Ibu Damia)
Sinopsis Telefilem Sayangku Damia
Telefilem Sayangku Damia mengisahkan tentang Damia iaitu seorang gadis kesepian yang menderita penyakit mental yang dipanggil skizofrenia, dilarang bergaul oleh ayahnya, Pak Akub, yang kejam dan penuh rahsia gelap.
Hidupnya berubah apabila bertemu Halim, pelajar psikologi yang ingin membantu Damia pulih. Namun, konflik memuncak apabila penderaan dan rahsia tragis Pak Akub terbongkar, termasuk pembunuhan ibu Damia.
Dalam pergelutan terakhir, Damia berjaya melawan ayahnya tetapi mengalami trauma yang mendalam. Akhirnya, Damia dirawat di hospital mental, dan keadilan untuk ibunya ditegakkan.