Telefilem Secarik Kasih Mama Di TV2

Malam Selasa akan akan disajikan kembali telefilem Secarik Kasih Mama yang mana akan bersiaran menerusi slot Drama On 2 di TV2.

Sebuah telefilem yang penuh drama ini menampilkan lakonan daripada Fadlan Hazim, Zahirah Macwilson, Izreen Azminda dan ramai lagi.

secarik kasih mama

Sinopsis Telefilem Secarik Kasih Mama

Rumah tangga Razman porak peranda selepas isterinya Rozie meninggalkanya semata-mata mengejar impian dia. Razman berkahwin dengan Shidah dan Shidah menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang sehingga Rozie datang menuntut kembali anaknya.

Pelakon Dan Watak Lakonan

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Izreen Azminda, Fadlan Hazim, Zahirah MacWilson, Rizz Ismail, Isyariana, Shamielya Shamsul, Noor Syaida dan ramai lagi.

Advertisements
  • Fadlan Hazim sebagai Razman
  • Zahirah Macwilson sebagai Rozie
  • Izreen Azminda sebagai Shidah

Produksi & Pengarah

Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Jamal Khan, nukilan skrip daripada Haida Mazni Mohammad dan diterbitkan oleh produksi Cinemastage Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Secarik Kasih Mama yang akan bersiaran semula pada 7 Mei 2024, hari Selasa, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di RTM TV2 atau secara online di RTM Klik.

Leave a Comment