Telefilem Selendang Putih Di TV2

Selepas Makcik, Selamat Hari Ibu, RTM bawakan sebuah lagi telefilem khas sempena Hari Ibu iaitu berjudul Selendang Putih menerusi saluran TV2.

Telefilem ini pernah ditayangkan pada tahun lalu dan kini akan menemui penonton kembali yang mana disajikan untuk semua tontonan lapisan masyarakat.

selendang putih

Sinopsis Telefilem Selendang Putih

Telefilem Selendang Putih mengisahkan tentang Datin Hasnah iaitu seorang ibu yang mencurahkan sepenuhnya kasih sayang kepada lima anak yang sedang menjalani kehidupan masing-masing.

Namun, usahanya tidak diterima seperti yang diharapkan. Setiap anak mempunyai masalah sendiri, sehingga hubungan antara mereka terganggu. Datin Hasnah sangat merindukan anak-anaknya dan berharap untuk mereka kembali bersatu.

Berjayakah tekad seorang ibu untuk membahagiakan keluarga dan keluarga ini bersatu kembali di bawah selendang kasih ibu?

Pelakon & Watak

Selendang Putih menampilkan barisan pelakon seperti Dato’ Fauziah Nawi, Lan Zailan, Fauzi Nawawi, Amyza Aznan, Zarul Umbrella, Marisa Yasmin, Abby Nadzri, Adam Shahz, Qazem Nor, Sathia dan ramai lagi.

Advertisements
  • Fauziah Nawi sebagai Datin Hasnah
  • Lau Zailan sebagai Samada
  • Fuazi Nawawi sebagai Said
  • Zarul Umbrella sebagai Salleh
  • Marisa Yasmin sebagai Salleha
  • Amyza Aznan sebagai Maria
  • Abby Nadzri sebagaiShima
  • Adam Shahz sebagai Khairul
  • Qazem Nor sebagai Saif
  • Sathia sebagai Raju

Produksi Dan Pengarah

Telefilem khas asalnya ditayangkan pada tahun 2023 ini merupakan arahan bersama Razlan Ismail dan Jeep Rahi, nukilan skrip daripada Amin Shakib dan Shaza Talib serta ditebitkan oleh produksi Manggis Pictures Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Saksikan telefilem Selendang Putih yang akan menemui penonton semula pada 14 Mei 2024, hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Leave a Comment