Telefilem Selimut Merdeka Di TV3

Jangan lupa saksikan semula telefilem Selimut Merdeka yang akan menemui penonton pada 30 Ogos 2024, hari Jumaat, jam 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 sempena Hari Merdeka ini merupakan arahan Heykal Hanifah, nukilan skrip daripada Mama Bella dan diterbitkan oleh produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 30 Ogos 2024 (Jumaat)
Masa : 1.00 pm
Penulis Skrip : Mama Bella
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem Selimut Merdeka seperti Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Riz Amin, Shah Jaszle, Wan Sharmila, Nurqistina Raisah, Fizz Fairuz, Faezah Elai, Ben Laden dan ramai lagi.

  • Ahmad Tamimi Siregar sebagai Pak Merdeka
  • Riz Amin sebagai Azim
  • Shah Jaszle sebagai Zaki
  • Wan Sharmila sebagai Sarah
  • Nurqistina Raisah sebagai Alia
  • Fizz Fairuz sebagai Pak Merdeka Muda
  • Faezah Elai sebagai Asiah
  • Ben Laden sebagai Azim Kecil

Sinopsis Telefilem Selimut Merdeka

Telemovie Selimut Merdeka mengisahkan tentang Pak Merdeka dan Mak Asiah cuba untuk tidak membezakan kasih sayang antara anak angkatnya, Azim dan anak kandungnya, Zaki.

Kini usia Pak Merdeka telah mencapai usia emas 59 tahun. Mak Asiah telah meninggal dunia namun pada hayatnya, Pak Merdeka mahu menghabiskan sisa hidupnya bersama anak-anak dan memilih untuk tinggal Zaki yang telah berumah tangga.

Puas Azim memujuk meminta Pak Merdeka untuk tinggal bersamanya namun Pak Merdeka memberikan pelbagai alasan.

Advertisements

Sedari kecil, Azim cuba untuk memenangi hati Pak Merdeka walaupun dia cuma anak angkat, dia ikhlas sayangkan Pak Merdeka namun entah mengapa Pak Merdeka tetap berkeras untuk tidak mahu tinggal bersamanya.

Sebaliknya, dirumah anaknya sendiri, kehadiran Pak Merdeka pula tidak disukai oleh isteri Zaki, Sarah.

Sarah tidak suka Pak Merdeka sering memakai bendera yang Pak Merdeka gelarkan sebagai selimut Merdeka dan menjaja cerita tentang betapa bangganya dia menjadi anak Merdeka kerana dia dilahirkan pada 31 Ogos. Bagi Sarah, perangai Pak Merdeka menjengkelkan.

Leave a Comment