Telefilem Semperit Cinta Di TV2

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan bawakan kembali telefilem Semperit Cinta yang mana akan menemui penonton semula pada 16 April ini di TV2.

Telefilem romantik ini menampilkan barisan pelakon-pelakon yang tidak kurang hebatnya seperti Izara Aisyah, Aiman Hakim Redza, Mia Nasir dan ramai lagi.

semperit cinta

Sinopsis Telefilem Semperit Cinta

Telefilem Semperit Cinta mengisahkan tentang Zara iaitu seorang gadis 20an yang membuat kuih semperit dan menjualnya di pejabat supupunya Linda setelah kilang tempat bekerjanya tutup.

Advertisements

Akhirnya kuih semperit Zara mendapat banyak tempahan hingga bos Linda, Zharif pun meminati kuihnya sehingga membuahkan bibit-bibit cinta.

Pelakon & Watak

Telemovie ini menampilkan barisan pelakon seperti Izara Aisyah, Aiman Hakim Ridza, Fadzilah Mansor, Mia Nasir, Fifi Faizah, Syafik Mishak, Zeika Khamis dan ramai lagi.

  • Izara Aisyah sebagai Zara
  • Aiman Hakim Ridza sebagai Zharif
  • Mia Nasir sebagai Linda
  • Syafik Mishak sebagai Ikram
  • Zeika Khamis sebagai Sherry

Produksi & Pengarah

Semperit Cinta yang asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Azri Izha, nukilan skrip daripada Rozie Rashid dan diterbitkan oleh produksi Global Station Sdn. Bhd.

Advertisements

Waktu Bersiaran

Saksikan telefilem Semperit Cinta yang akan menemui penonton semula pada 16 April 2024, hari Selasa, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Dimana Ditayangkan

Slot Drama On 2 di TV2

Waktu Disiarkan

16 April 2024 (Selasa), jam 9.00 Malam

Leave a Comment