Telefilem Seri Di TV2

Saksikan telefilem Seri yang akan menemui penonton semula pada 24 September 2024, hari Selasa, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Zul Huzaimy, nukilan skrip daripada Suzanna Zaily Zin dan diterbitkan oleh syarikat produksi Nan Surya Studios.

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 24 September 2024 (Selasa)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Suzanna Zaily Zin
Pengarah : Zul Huzaimy
Produksi : Nan Surya Studios

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Farah Ahmad, Fauziah Nawi, Rosnah Johari, Amanda Tan, Kirin Muhammad, Hiqmal Mahli, Nur Lidya Maisarah, Bella Zulkifli, Fandi Che Hisham dan ramai lagi.

  • Farah Ahmad sebagai Seri
  • Fauziah Nawi sebagai Nenek
  • Rosnah Johari sebagai Ibu
  • Amanda Tan sebagai Lydia
  • Nur Lidya Maisarah sebagai Sara
  • Kirin Muhamad sebagai Shahir

Sinopsis Telefilem Seri

Telefilem Seri membawa kisah tentang Seri, seorang wanita cekal yang memikul tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga sambil menguruskan perniagaannya yang sering diuji dengan pelbagai cabaran.

Di sebalik kejayaan, dia terpaksa berdepan dengan pengkhianatan serta kekecewaan yang datang dari orang-orang yang dipercayainya.

Advertisements

Dalam dunia perniagaan, rakan yang disangkakan setia bertukar menjadi musuh. Namun, Seri tidak mudah mengalah.

Dengan impian yang tinggi dan semangat yang tidak pernah pudar, dia bertekad untuk terus maju dan mengatasi segala rintangan yang datang, walau sebesar mana sekalipun.

Sumber : aimanabdullah.com

Leave a Comment