Telefilem Siapa Dia Sebenarnya Di TV3 (Cereka Pilihan)

Jangan lupa saksikan telefilem Siapa Dia Sebenarnya yang akan menemui penonton semula pada 10 Ogos 2024, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan arahan Ebby Saiful, nukilan skrip daripada Adza Emie dan diterbitkan oleh syarikat produksi Mache Allstar United Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 10 Ogos 2024 (Sabtu)
Penulis Skrip : Adza Emie
Pengarah : Ebby Saiful
Produksi : Mache Allstar United Sdn. Bhd.

siapa dia sebenarnya

Barisan Pelakon & Watak

Berikut antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Remy Ishak, Izara Aisyah, Nina Iskandar, Dato’ Sri Shah Reza, Salimah Mahmood, Elly Mazlien, Zulkifli Ismail dan ramai lagi.

  • Remy Ishak sebagai Qaliff
  • Izara Aisyah sebagai Ariana
  • Nina Iskandar sebagai Haziqah
  • Dato’ Sri Shah Reza sebagai Salleh
  • Salimah Mahmood sebagai Latifah
  • Elly Mazlien sebagai Prof. Julia
  • Zulkifli Ismail sebagai Penerbit

Sinopsis Telefilem Siapa Dia Sebenarnya

Telefilem Siapa Dia Sebenarnya mengisahkan tentang Adrianna merupakan seorang gadis yang ceria dan pintar sekali.

Dia dibesarkan dalam keluarga yang berada yang mana Adrianna mempunyai segala yang dia mahukan, kecuali satu, teman lelaki yang mencintai dirinya kerana dirinya bukan harta ibu bapanya.

Advertisements

Semasa Adrianna sedang dalam kajian thesis bagi ijazah master dalam penulisan, dia telah berkenalan dengan seorang pemuda kacak bernama Qalif.

Tidak sampai 4 bulan bercinta, Adrianna dan Qalif telah bernikah, dan beberapa hari kemudiannya mereka ke sebuah pulau untuk berbulan madu, segalanya berubah apabila rahsia Qalif terbongkar.

Leave a Comment