Telefilem Sir Alvin Di TV3

Sempena Tahun Baru Cina, TV3 menerusi slot Wayang akan bawakan semula telefilem Sir Alvin yang akan bersiaran pada 9 Februari 2024.

Sebuah telefilem yang memaparkan bagaimana Sir Alvin bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawab dan amanahnya sebagai guru meskipun dihantar ke sekolah jauh dari bandar.

sir alvin

Sinopsis Telefilem Sir Alvin

Telefilem Sir Alvin mengisahkan tentang Cikgu Alvin yang bertugas di sebuah sekolah jauh dari bandar selepas tamat pengajian di luar negara.

Alvin kuat semangat demi tanggungjawab yang diamanahkan. Alvin memilih kerjaya sebagai pendidik kerana dia ingin mewarisi arwah datuknya yang juga seorang guru.

Cabaran demi cabaran terpaksa Alvin tempuhi termasuk kenakalan pelajar-pelajar di situ yang pernah membocorkan tayar motosikalnya selain turut mencuri kasutnya.

Ketika dia ditimpa masalah, Dasuki datang menolongnya. Dasuki tidak bersekolah kerana kemiskinan hidupnya.

Terdetik di hati Alvin, di usia yang masih muda, Dasuki terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan dia dan ibunya yang sakit.

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Alvin Chong, Adeline Tsen, Roger Shak, A. R Badul, Elvina Shua, Rustaman dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Alvin Chong sebagai Sri Alvin
  • Roger Shak sebagai Chan

Produksi & Pengarah

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan arahan Rajak Mukhriz, penulisan skrip daripada Ramlah Rashid dan diterbitkan oleh produksi Layar Consult Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa saksikan telefilem Sir Alvin ulangan pada 9 Februari 2024, hari Jumaat, pukul 1.00 petang di slot Wayang di TV3 atau secara striming online di Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2020
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 9 Februari 2024 (Jumaat)
Waktu : 1.00 Petang
Penulis Skrip : Rahmlah Rashid
Pengarah : Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin
Produksi : Layar Consult

Leave a Comment