Telefilem Siren Kasih Di TV2

Malam Isnin anda akan disajikan kembali telefilem Siren Kasih yang akan menemui penonton semula menerusi slot Drama On 2 di saluran RTM di TV2.

Sebuah telefilem arahan Sham Jr yang dibintangi pelakon seperti Rasya Sofia, Syafiq Sahli, Yan Ibrahim dan ramai lagi.

siren kasih

Sinopsis Telefilem Siren Kasih

Telefilem Siren Kasih mengisahkan tentang Amira yang bergelut dengan masalah trauma terhadap bunyi siren ambulans kesan daripada insiden ayah dan juga ibunya yang meninggal dunia di dalam kenderaan tersebut.

Ia diburukkan lagi apabila dia pula mengalami keguguran di dalam ambulans lantas membuatkan dirinya mengalami emosi yang tidak stabil.

Barisan Pelakon Dan Watak

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Rasya Sofia, Syafiq Sahli, Yan Ibrahim, Maya Jaafar, Muhammad Redzuan Adha, Drama@Ibrahim Muhamad, Mohd Riduwan dan ramai lagi.

Advertisements
  • Rasya Sofia sebagai Amira
  • Syafiq Sahli sebagai Johan
  • Yan Ibrahim sebagai Aznah
  • Maya Jaafar sebagai Azira
  • Muhammad Redzuan Adha sebagai Amirul

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Sham Jr, nukilan skrip daripada Azilah Wahab dan diterbitkan oleh syarikat produksi HP Biz Consultan Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Siren Kasih yang akan menemui penonton semula pada 27 Mei 2024, hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau secara online di RTM Klik.

Leave a Comment