Telefilem Sopeah Jin Di TV9

Jangan lupa saksikan telefilem Sopeah Jin yang akan menemui penonton pada 6 September 2024, bersiaran semula pada hari Jumaat, jam 8.30 petang menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2015 ini merupakan arahan Pyan Screw, nukilan skrip daripada Wan Mahani Wan Hassan dan diterbitkan oleh syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2015
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 6 September 2024 (Jumaat)
Skrip : Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah : Pyan Screw
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Emma Maembong, Shah Iskandar, Hairi Safwan, Fadlan Hazim, Raja Ema, Ruhainies, Puteri Nabila, Abdulrehiman Suud dan ramai lagi.

  • Emma Maembong sebagai Sopeah Jin
  • Shah Iskandar sebagai Sabarudin
  • Hairi Safwan sebagai Shahbudin
  • Fadlan Hazim sebagai Tajudin
  • Raja Ema sebagai Kalsom
  • Ruhainies sebagai Aishah
  • Puteri Nabila sebagai Sarah

Sinopsis Telefilem Sopeah Jin

Telefilem Sopeah Jin mengisahkan tentang tiga orang adik-beradik iaitu Sabarudin, Shahbudin dan Tajudin diwasiatkan ayah mereka sehelai peta lama yang menunjukkan harta karun.

Advertisements

Shahbudin dan Tajudin tidak percaya masih ada harta karun sekarang dan gelakkan Sabarudin. Lagipun mereka sudah tak kisah kerana telah diwasiatkan pemegang saham terbesar syarikat ayahnya.

Manakala Sabarudin hanya memegang 20 peratus dari saham dan banglo lama. Sabarudin lebih berminat mengkaji asal usul barangan antik dan misteri kerana dia mempunyai sebuah kedai antik. Sabarudin mengajak Tajudin dan Shahbudin untuk cari sekali harta karun tersebut.

Leave a Comment