Telefilem Sos Cili Sos Tiram Di TV2

Jika anda tiada aktiviti ingin dilakukan, apa kata anda saksikan telefilem Sos Cili Sos Tiram yang akan ditayangkan kembali menerusi slot Drama On 2 di saluran RTM di TV2.

Sebuah telefilem komedi yang mengisahkan tentang dua orang pemuda yang merautau ke ibukota Kuala Lumpur demi mencari peluang pekerjaan yang halal untuk menyara kehidupan masing-masing.

Sinopsis Telefilem Sos Cili Sos Tiram

Telefilem Sos Cili Sos Tiram mengisahkan tentang dua sahabat baik iaitu Irwan dan Izmir yang kedua-duanya menjangkau usia 30 tahun dan masih membujang.

Irwan dan Izmir adalah rakan karib semenjak kecil hingga kini mereka berdua tinggal bersama di kota Kuala Lumpur setelah kedua-duanya tamat pengajianmasing-masing. Pada awalnya mereka tinggal bertiga namun Farok rakan serumah mereka telah berpindah setelah berkahwin.

Tinggal bersama berdua membuatkan mereka akrab seperti adik dan abang. Mereka berdua juga adakalanya keluar bersama menonton wayang. Boleh di katakan seperti pasangan kekasih. Di mana ada Irwan berada di situ ada Izmir.

Perkara ini membuatkan orang kampung mula mempersoalkan kepada keluarga Irwan dan Izmir mengapa mereka berdua masih belum berkahwin. Ini membuatkan Irwan dan Izmir tidak mahu pulang ke kampung kerana penat untuk menjawab segala pertanyaan orang-orang di sekelilingnya.

Di rumah Izmir pula pandai memasak. Hampir setiap malam dia akan memasak. Dia juga ibarat suri rumah di dalam rumah itu. Dia tahu makanan kegemaran Irwan. Mesti ada sos cili dan sos tiram. Ini membuatkan mereka saling memerlukan antara satu sama lain kerana Irwan pula gemar mengemas rumah.

Ibu Izmir, Rosnaini selalu memasak masakan kegemaran Irwan bila tahu Irwan dan Izmir pulang ke kampung. Sos cili dan sos tiram masakan kegemaran Irwan sentiasa di hidangkannya. Rosnaini, balu yang kematian suaminya semenjak 20 tahun lalu tinggal di kampung bersama adik Irwan, Nini yang diminta supaya menjaga mak cik Ros.

Irwan merupakan seorang lelaki yang hidupnya sosial, peramah , romantik dan pandai bermain cinta, membuatkan dia kerap kali mempunyai kekasih namun semuanya hanya sementara, nasib tidak pernah menyebelahinya. Namun dia tetap tidak serik untuk bercinta kembali.

Perkenalan pertamanya dengan Maizura seorang gadis seksi dan merupakan seorang model sampingan membuatkan Irwan mula lupa diri. Dia jarang pulang kerumah sewanya. Dan hal ini membuatkan rakan karibnya Izmir tinggal keseorangan di rumah. Izmir mula rasakan sunyi tanpa sahabatnya itu.

Namun akhirnya Irwan sedar Maizurah tidak ikhlas menyintainya. Setelah hidupnya kembali solo Irwan tidak lagi keluar dari rumah apabila pulang daripada kerja. Dia akan duduk di rumah dan memperbanyakkan solatnya.

Dia sentiasa berdoa agar di berikan wanita yang baik dalam hidupnya. Dia benar-benar semangat untuk mendirikan rumah tangga. Dan dia juga sudah bersedia untuk menjadi seorang suami.

Sehinggalah dia berkenalan dengan wanita yang memenuhi ciri-ciri muslinah dikenali sebagai Soleha. Dia jatuh cinta lagi dan mula khayal semula walaupun dinasihati Izmir.

Advertisements

Begitu pun nasib tidak menyebelahinya apabila gadis yang telag ditunanginya itu akhirnya jatuh cinta dan menjadi isteri kedua Farok, bekas teman serumahnya dulu. Kehidupan Irwan mula terkapai-kapai semula.

Atas nasihat Izmir, Irwan pulang ke kampung sahabatnya itu untuk menenangkan fikiran. Namun tanpa diduga dia jatuh hati dengan ibu teman baiknya itu apatahlagi mak cik Ros pandai mengambil hati dengan menghidangkan masakan yang berasaskan sos cili dan sos tiram. Di situ juga cinta antara Izmir dengan Nini mula berputik.

Lalu bagaimanakah kesudahannya? Adakah kuasa cinta mampu menyatukan mereka walaupun timbul isu perbezaan usia?

sos cili sos tiram

Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan pelakon-pelakon yang membarisi telemovie Sos Cili Sos Tiram ini seperti Rusdi Ramli, Aishah Sinclair, Nisha Dirr, Bienda, Zul Yahya, Aman Graseka, Rosnah Mat Aris, Norlia Ghani dan ramai lagi.

  • Rusdi Ramli sebagai Izwan
  • Zul Yahya sebagai Rushdi
  • Aishah Sinclair sebagai Rina
  • Nisha Dirr sebagai Nurul
  • Bienda sebagai Solehah
  • Aman Graseka sebagai Zali
  • Rosnah Mat Aris sebagai Zainab
  • Norlia Ghani sebagai Habsah

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2010 ini merupakan arahan Haizul Anafer Ali, nukilan skrip daripada Mazlan Manan dan diterbitkan oleh syarikat produksi Eurofine (M) Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Saksikan telefilem Sos Cili Sos Tiram yang akan menemui penonton semula pada 24 Mei 2024, hari Jumaat, pukul 3.00 petang menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Leave a Comment