Table Of Content
Sempena Chinese New Year (CNY) tahun ini, RTM akan bawakan kembali telefilem Step Up yang akan menemui penonton pada 9 Febuari ini di TV2.
Sebuah telefilem yang mengangkat tentang seni tradisi tarian singa dan sanggup mengorbankan jiwa raganya bagi memelihara warisannya tersebut.
Sinopsis Telefilem Step Up
Albert, seorang jurulatih tarian singa mengorbankan jiwa raganya untuk terus mengajar seni tersebut mengikut tradisi bagi memelihara warisannya.
Albert menaruh keyakinan dengan semangat kental dan komitmennya terhadap seni itu. Dia yakin dia mampu memelihara dan mengembangkan warisan itu.
Akan tetapi, kumpulan tarian singa lain yang mengadaptasikan dengan gerakan dan kostum terkini lebih mudah menarik penaja sementara Albert menghadapi kesukaran mendapat tajaan.
Dalam usaha Albert untuk memajukan seni tarian singa tradisi yang memerlukan pengorbanan masa dan wang ringgit sehingga menjejaskan hubungannya dengan isteri dan anak tunggalnya.
Isterinya amat kecewa apabila Albert tidak lagi dapat meluangkan masa untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya di luar negara. Namun segalanya berakhkir dengan keinsafan dan kebahagian.
Barisan Pelakon
Antara barisan pelakon yang ada dalam telemovie ini seperti Steve Yap, Lim Ching Mau, Ngiam Lee Cheun, Tan Hau Yen, Ywei Thor, Goh You Ping, Rosa Chong, David Koon, Rabbit Chen, John Tan, Alan Yong dan ramai lagi.
Produksi & Pengarah
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2023 ini merupakan arahan Liam Lai, penulisan skrip daripada Dennis Lai Chang Ming dan diterbitkan oleh produksi Multimedia Entertainment Sdn. Bhd.
Waktu Bersiaran
Saksikan telefilem Step Up pada 9 Februari 2024, hari Jumaat, pukul 3.00 petang menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.
Info Penuh Telemovie
Tayangan Asal : 2023
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 9 Februari 2024 (Jumaat)
Penulis Skrip : Dennis Lai Chang Ming
Pengarah : Liam Lai
Produksi : Multimedia Entertainment Sdn. Bhd.