Telefilem Suamiku Jururawat Di TV9

Malam minggu anda akan disajikan kembali telefilem Suamiku Jururawat iaitu sebuah cerita romantik komedi sesuai tontonan ramai.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2013 ini menampilkan gandingan pelakon penyanyi popular, Tomok dan Yana Samsudin sebagai teraju utama.

suamiku jururawat

Sinopsis Telefilem Suamiku Jururawat

Telefilem Suamiku Jururawat mengisahkan tentang Mikhail iaitu anak tunggal Haji Abdul. Bapanya seorang tukang kebun di kediaman Dato’ Shahrizal dan Datin Ila.

Mikhail bercita-cita menjadi seorang doktor. Oleh kerana keputusan SPM Mikhail tidak memuaskan, dia hanya mampu belajar dalam bidang kejururawatan saja.

Setelah menjadi pelajar jururawat, bapa Mikhail meninggal dunia sewaktu menyelamatkan Dato’ Shahrizal. Kerana terhutang budi, Dato’ Shahrizal nekad mengambil Mikhail sebagai anak angkat dan tinggal sebumbung bersamanya. 

Dato’ Shahrizal sangat menyayangi Mikhail sehingga Datin Ila mencemburuinya. Mikhail kemudian dijodohkan dengan gadis pilihan ayahnya iaitu Suri seorang doktor.

Walaupun tak rela, mereka berkahwin juga. Tanpa diduga, Suri dan Mikhail bekerja di hospital yang sama. Suri malu dan merahsiakan perkahwinannya kerana suaminya hanya seorang jururawat.

Suri tidak mahu dikenali sebagai isteri Mikhail di hospital. Pada masa yang sama, Mikhail cemburu melihat Suri rapat dengan Dr. Fitri di sana. Disebabkan itu, Mikhail merancang beberapa muslihat untuk mengenakan doktor tersebut.

Adakah pada akhirnya hubungan suami isteri tersebut meranggang? Atau mereka akan menjadi semakin rapat selepas itu?

Advertisements

Barisan Pelakon

Berikut merupakan pelakon yang terlibat seperti Tomok, Yana Samsudin, Mustapha Kamal, Angelina Tan, Azlee Khairi dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Tomok sebagai Mikhail
  • Yana Samsudin sebagai Dr. Suriati
  • Angeline Tan sebagai Datin Ila
  • Mustapha Kamal sebagai Dato’ Shahrizal
  • Azlee Khairi sebagai Dr. Fakri

Produksi & Pengarah

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2013 ini merupakan arahan Eoon Shuhaimi dan diterbitkan oleh syarikat produksi MIG Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Saksikan telefilem Suamiku Jururawat yang akan menemui penonton semula pada 9 Februari 2024, hari Jumaat, jam 8.30 malam di slot Skrin Di 9 di TV9 dan online Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2013
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 9 Februari 2024 (Jumaat)
Skrip : Panel MIG
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : MIG Production Sdn. Bhd.

Leave a Comment