Telefilem Sut Putih Di TV9

Jangan lupa saksikan telefilem Sut Putih yang akan menemui penonton semula pada 23 Ogos 2024, hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telemovie asalnya ditayangkan pada tahun 2015 ini merupakan arahan Heykal Hanifah, nukilan skrip daripada Shaza Talib dan diterbitkan oleh syarikat produksi Quiara One Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2015
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 23 Ogos 2024 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Idea Asal : Rydamia
Penulis Skrip : Shaza Talib
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Quiara One Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakonc& Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Zara Zya, Aidil Aziz, Khatijah Tan, Sharifah Shahora, Marissa Yasmin, Arash Mohamad, Balkisyah Khan, Issey Titan, Syaffiq Sahli dan ramai lagi.

Advertisements
  • Zara Zya sebagai Siti
  • Aidil Aziz sebagai Amar
  • Khatijah Tan sebagai Nek Jah
  • Sharifah Shahora sebagai Makcik Salmah
  • Marissa Yasmin sebagai Datin Rohana
  • Arash Mohamad sebagai Dato Amri
  • Balkisyah Khan sebagai Aisyah
  • Issey Titan sebagai Nizam
  • Syaffiq Sahli sebagai Faiz

Sinopsis Telefilem Sut Putih

Telefilem Sut Putih mengisahkan Siti, seorang jururawat yang baru tamat latihan, telah dihantar berkhidmat di kawasan pedalaman.

Kehadiran Siti adalah bagi membantu masyarakat yang lebih memerlukan. Meskipun Siti seorang anak orang berada, dia sanggup menempuh dugaan hidup di sana demi mencapai impiannya untuk menjadi seorang jururawat yang berjasa kepada seluruh bangsa.

Leave a Comment