Telefilem Syawal Untuk Semah Di TV9

Jika pada hujung minggu lalu, telefilem Syawal Untuk Semah ditayangkan di TV3, kali ini akan disiarkan sekali lagi tetapi menerusi TV9 iaitu pada 15 April ini.

Ianya merupakan sebuah telefilem khas sempena Aidilfitri yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 dan kini akan dimainkan sekali lagi.

syawal untuk semah

Sinopsis Telefilem Syawal Untuk Semah

Telefilem Syawal Untuk Semah mengisahkan tentang Syawal yang terlalu dimanjakan oleh ibunya, Semah dan membuatkannya makin lupa daratan apabila usianya semakin meningkat dewasa.

Syawal semakin lupa diri apabila bekerja di bandar dan berkahwin dengan Tina sehingga sanggup menjual tanah pusaka milik emaknya untuk menanggung perniagaan miliknya.

Hubungan Semah dan kakaknya iaitu Mak Timah yang sebelum ini rapat juga terputus gara-gara Mak Timah menghalang dan memarahi Syawal yang menjual tanah tersebut.

Aidil sakit hati dengan Mak Timah yang dianggap cuba mengawal hidup mereka. Aidil tekad mengajak ibunya tinggal bersamanya dibandar dan menghasut ibunya yang memberitahu Mak Timah tidak ikhlas untuk membantu mereka.

Pelbagai masalah mula timbul dalam kehidupan Syawal selepas apa yang dilakukan terhadap Mak Semah. Masihkah ada peluang untuk Syawal memohon maaf daripada ibunya?

Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Norlia Ghani, Fauziah Nawi, Fahrin Ahmad, Nabila Huda, Syazuwan Hasan, Qiu Qatina, Hamidah Wahab dan ramai lagi.

Advertisements
  • Norlia Ghani sebagai Semah
  • Fauziah Nawi sebagai Mak Timah
  • Fahrin Ahmad sebagai Syawal
  • Nabila Huda sebagai Zulaikha
  • Syazuwan Hasan sebagai Fazreen
  • Qiu Qatina sebagai Tina
  • Hamidah Wahab sebagai Mak Fazreen

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Rashid Sibir, nukilan skrip daripada Basri Musa dan diterbitkan oleh produksi Rashbir Media Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Syawal Untuk Semah yang akan menemui penonton semula pada 15 April 2024, hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 dan online Tonton.

Dimana Disiarkan

Slot Skrin Di 9 di TV9

Waktu Bersiaran

15 April 2024 (Isnin), jam 8.30 Malam

Leave a Comment