Telefilem Takdir Yang Terhenti Di TV3

Saksikan telefilem Takdir Yang Terhenti dimana akan menemui penonton semula pada 12 Julai 2024, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh juga striming di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan arahan Eoon Shuhaini, hasil idea daripada Syuqran dan diterbitkan oleh syarikat produksi Primeworks Studio.

Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 12 Julai 2024 (Jumaat)
Idea Asal : Syuqran
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Primeworks Studio

takdir yang terhenti

Barisan Pelakon & Watak

Antara para pelakon yang membintangi telefilem Takdir Yang Terhenti ini seperti Syafiq Kyle, Zara Zya, Amirul Faqeem, Jasmine, Mak Engku, Liza Zain, Feina Tajuddin, Kamsani, Kavita dan ramai lagi.

  • Syafiq Kyle sebagai Asif
  • Zara Zya sebagai Raudhatul
  • Amirul Faqeem sebagai Ustaz Daniel
  • Jasmine Suraya sebagai Marie/Zulaikha
  • Mak Engku sebagai Norisa
  • Liza Zain sebagai Zaiman
  • Feina Tajuddin sebagai Humairah
  • Kamsani sebagai Habib
  • Kavita sebagai Tania

Sinopsis Telefilem Takdir Yang Terhenti

Telefilem Takdir Yang Terhenti mengisahkan tentang Asif sudahpun mempunyai cinta hati sendiri begitu juga Raudhatul. Namun, atas aturan keluarga Asif dan Raudhatul dikahwinkan.

Sejak itu, Asif menjadi panas baran dan sering memarahi Raudhatul. Apabila cinta membawa kita mengenali Allah maka pilih cinta itu.

Advertisements

Seorang gadis cina iaitu Marie terjebak dengan kemunafikan cinta iaitu Asif sehingga membuatkan Marie jatuh cinta pada agama Islam. Dia membuang cinta palsu lalu memilih cinta yang kekal.

Asif yang dahulunya hanya munafik demi cinta akhirnya terperangkap dalam agama sendiri dengan rasa berdosa.

Perkenalan antara Raudhatul dan Ustaz Daniel membawa erti keberkatan dan restu dalam hubungan cinta. Apakah yang akan terjadi apabila hidayah mengiringi dalam setiap permainan cinta mereka?

Leave a Comment