Table Of Content
Jangan lupa saksikan kembali telefilem Tangis Yang Tiada Noktah yang akan bersiaran pada 22 Februari 2025, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 dan secara online di Tonton.
Tayangan Asal : 2014
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 22 Februari 2025 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Pelakon & Watak
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telemovie ini seperti Nasha Aziz, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Khatijah Tan, Kismah Johar dan ramai lagi.
- Nasha Aziz sebagai Datin Zara
- Dato’ Sri Eizlan Yusof sebagai Dato
- Khatijah Tan sebagai Ibu Zara
Sinopsis Telefilem Tangis Yang Tiada Noktah
Datin Zara, seorang wanita kaya tetapi sombong, tidak menghargai pemberian al-Quran dari penduduk kampung. Dia berkira membeli telekung untuk ibunya tetapi sanggup membeli baju mahal.
Selepas ibunya meninggal, dia semakin hanyut dalam kemewahan, menghina orang yang ingin menunaikan umrah, dan memiliki “anak ikan.”
Dia menukar ubat suaminya hingga menyebabkan kematian lelaki itu akibat serangan jantung. Akibat perbuatannya, dia kehilangan suara dan mengalami kemurungan. “Anak ikan” pula meninggalkannya.
Dalam keadaannya yang lemah, dia ditemukan oleh seorang makcik yang menjaganya, tetapi anak makcik itu cuba mengambil kesempatan dengan meminta wang RM200 ribu daripada anak Datin Zara. Akhirnya, makcik dan anaknya tinggal bersamanya.
Akhirnya Datin Zara sedar akan kekhilafannya, dia ingin menunaikan umrah untuk menebus dosanya. Namun, takdir menentukan dia meninggal dunia di Mekah.