Telefilem Tebus Di TV2

RTM bawakan kembali telefilem Tebus untuk tonton ramai yang mana akan bersiaran semula pada 4 Jun ini menerusi slot Drama On 2 di TV2.

Sebuah telefilem yang mengisahkan bagaimana si ibu berusaha untuk menyelamatkan anaknya apabila diculik oleh jiranya sendiri.

telefilem tebus

Sinopsis Telefilem Tebus

Telefilem Tebus mengisahkan tentang Sofia iaitu seorang ibu yang berusaha menyelamatkan anaknya yang dipercayai diculik oleh seorang lelaki. Hakikatnya, penculik sebenar ialah seorang wanita kurang siuman yang juga merupakan jirannya.

Wanita tersebut telah mengambil dan menyembunyikan anak Sofia di rumah bagi menggantikan anaknya yang telah meninggal dunia dalam satu kemalangan.

Pelakon Dan Watak

Antara pelakon-pelakon yang disenaraikan dalam telefilem ini seperti Reen Rahim, Nur Risteena Munim, Alya Iman, Rania Humaira, Daniel Lim Santoso, Qazem Nor, Taufik Hidayat Khan dan ramai lagi.

Advertisements
  • Reen Rahim sebagai Sofia
  • Nur Risteena Munim sebagai Elly
  • Alya Iman sebagai Iza
  • Rania Humaira sebagai Aira
  • Daniel Lim Santoso sebagai Jay
  • Qazem Nor sebagai Hasrul

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan arahan Abdul Latif Ismail, nukilan skrip daripada Rina Khan dan diterbitkan oleh syarikat produksi AR Factor Resources Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Tebus yang akan menemui penonton semula pada 4 Jun 2024, hari Selasa, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Leave a Comment