Telefilem Telah Aku Halalkan Di TV2

RTM bawakan kembali telefilem Telah Aku Halalkan yang pernah ditayangkan pada Ramadan 2023 yang lalu dan kini akan disiarkan semula.

Telefilem yang mengisahkan tentang kekeluargaan ini menampilkan lakonan daripada Ainina Ahmad B, Puteri Balkis, Wan Sharmila dan ramai lagi.

telah aku halalkan

Sinopsis Telefilem Telah Aku Halalkan

Telemovie Telah Aku Halalkan mengisahkan tentang Mak Munah iaitu seorang ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak.

Anak-anaknya semuanya telah dewasa tetapi semuanya masih mengharapkan kudrat tuanya untuk memberi khidmat kepada anak-anaknya dengan pelbagai alasan.

Mak Munah berasa sedih dengan apa yang berlaku dalam hidupnya dan berasa hati dengan apa yang telah dilakukan oleh anak-anak terhadap dirinya.

Kesudahannya dia memutuskan untuk menyerahkan keseluruhan hartanya kepada pihak Baitulmal setelah kematiannya. Namun masih adakah peluang bagi mereka menuntut keampunan daripada ibu tersayang?

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terdiri daripada Ainina Ahmad B, Jay Iswazir, Wan Sharmila, Ewan Fauzi, Puteri Balqis, Umar Shakur, Aman Aziz, Aishah Sudin dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Ainina Ahmad B sebagai Mak Munah
  • Jay Iswazir sebagai Kadir
  • Wan Sharmila sebagai Maziah
  • Ewan Fauzi sebagai Kamal
  • Puteri Balqis sebagai Mariam
  • Umar Shakur sebagai Ali

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2023 ini merupakan arahan Hazali Hj Ramli, penulisan skrip daripada Shah Rizal Masher dan diterbitkan oleh produksi Infusion Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk tonton kembali telefilem Telah Aku Halalkan pada 19 Mac 2024, hari Selasa, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 dan online RTM Klik.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2023
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 19 Mac 2024 (Selasa)
Waktu : 9.00 Malam
Idea Asal : Khairu Norliza
Penulis Skrip : Shah Rizal Masher
Pengarah : Hazali Hj Ramli
Produksi : Infusion

Leave a Comment