Telefilem Tentang Ogos Di TV2

Sempena bulan Kemerdekaan, RTM bawakan kembali telefilem Tentang Ogos yang mana akan menemui penonton pada 26 Ogos 2024, hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 dan secara online di RTM Klik.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2023 ini merupakan arahan Yus Yusop, nukilan skrip daripada Naza Manas dan diterbitkan oleh syarikat produksi Early Bird Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2023
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh ; 26 Ogos 2024 (Isnin)
Masa : 9.00 malam
Penulis Skrip : Naza Manas
Pengarah : Yus Yusop
Produksi : Early Bird Productions Sdn. Bhd.

Senarai Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telemovie Tentang Ogos ini seperti Eman Manan, Syafie Naswip, Hilal Azman, Umar Al-Amsyar, Zack Zabhas, Ammar Bahri, Sri Idrina, Shahkimin, Siti Ruwiyani, Naque Ariffin dan ramai lagi.

  • Eman Manan sebagai Ismail
  • Syafie Naswip sebagai Ishak
  • Hilal Azman sebagai YN Dato Omar
  • Sri Idrina sebagai Misha
  • Zack Zabhas sebagai Borhan
  • Shahkimin sebagai Eric

Sinopsis Telefilem Tentang Ogos

Telefilem Tentang Ogos mengisahkan tentang Ismail iaitu seorang bekas tentera masih dibayangi rutin tugasnya masuk hutan memburu komunis yang dianggapnya masih menjadi ancaman negara.

Disebabkan sikapnya tersebut yang dilakukan setiap hari sehingga beliau dianggap nyanyuk oleh orang kampung.

Advertisements

Namun kebiasaannya itu akhirnya memberi manfaat kepada penduduk kampung kerana Ismail berjaya membongkar sindiket menyeludup minyak bersubsidi.

Sumber : aimanabdullah.com

Leave a Comment