Telefilem Terima Kasih Cikgu Di TV3

Sempena Hari Guru pada, TV3 bawakan kembali telefilem khas berjudul Terima Kasih Cikgu yang akan menemui penonton pada 17 Mei ini.

Sebuah telefilem yang mengangkat cerita bagaimana bekas anak muridnya sanggup berkorban untuk membalas budi baik cikgunya hingga akhir hayat.

terima kasih cikgu

Sinopsis Telefilem Terima Kasih Cikgu

Telefilem Terima Kasih Cikgu mengisahkan tentang Amar yang bekerja sebagai jururawat yang ditugaskan di hospital kampungnya bertemu kembali dengan bekas gurunya iaitu Cikgu Azman.

Selepas bersara, Cikgu Azman disahkan menghidap penyakit usus yang kronik. Amar mendapat tahu Cikgu Azman mempunyai masalah keluarga lalu membuat keputusan untuk menjaga gurunya tersebut.

Dalam masa yang sama, Amar juga mendapat bantuan daripada rakan-rakanya untuk menunaikan permintaan terakhir Cikgu Azman.

Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Hasnul Rahmat, Fahrin Ahmad, Raja Ilya, Mohd Faizal Mohd Shauki, Zalfa Zin, Natasha Yasina, Jimmy Leong, Mohd Hadi Putra dan ramai lagi.

Advertisements
  • Hasnul Rahmat sebagai Cikgu Azman
  • Fahrin Ahmad sebagai Amar
  • Raja Ilya sebagai Nadia

Produksi Dan Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Zul Huzaimy Marzuki, nukilan skrip daripada Didi Wahida Rosdi dan diterbitkan oleh syarikat produksi Aniq Communication Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk tonton semula telefilem Terima Kasih Cikgu yang akan bersiaran pada 17 Mei 2024, pukul 1.00 petang menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Leave a Comment