Telefilem Tilam Perca Di Astro Citra

Jika sebelum ini, ianya ditayangkan di Astro First dan kini filem Tilam Perca akan menemui penonton di saluran Astro Citra pada 30 Mac ini.

Sebuah filem yang menyayat hati ini menampilkan pelakon seperti Norlia Ghani, Nasir Bilal Khan, Dato’ Jalaluddin Hassan, Amerul Affandi dan ramai lagi.

tilam perca

Sinopsis Telefilem Tilam Perca

Tilam Perca mengisahkan tentang seorang nenek yang sanggup bergadai nyawa dan harta demi anak-anaknya iaitu Pak Tan dan Pak Man.

Namun begitu, nenek tetap dilayan hina oleh kedua-dua lelakinya serta menantu yang tidak berperikemanusiaan.

Sementara itu, orang kampung juga memandang hina terhadap nenek kerana menjaga cucu iaitu Akob yang seorang penagih.

Namun nenek sebagai ibu dan nenek masih cuba menerima semua dugaan dan masih menyayanyi anak dan cucunya.

Barisan Pelakon

Antara nama-nama yang terlibat dalam Tilam Perca seperti Norlia Ghani, Amerul Affendi, Dato’ Rahim Razali, Nasir Bilal Khan, Dato’ Jalaluddin Hassan, Didie Alias, Farahdhiya dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Norlia Ghani sebagai Nenek
  • Amerul Affendi sebagai Akob
  • Dato’ Rahim Razali sebagai Tok Ketua
  • Nasir Bilal Khan sebagai Atan
  • Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Pak Man
  • Didie Alias sebagai Salbiah
  • Farahdhiya sebagai Kiah Janda

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Rashid Sibir dan diterbitkan oleh syarikat produksi beliau sendiri iaitu Opera Klasik Sdn. Bhd.

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Tilam Perca yang akan menemui penonton pada 30 Mac 2024, hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Citra dan juga secara online di Astro Go.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Astro Citra
Tarikh : 30 Mac 2024 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Opera Klasik Sdn. Bhd.

Leave a Comment