Telefilem Titi Kayu Di TV3

Tahun Baru Cina tahun ini, TV3 bawakan kembali telefilem Titi Kayu yang membawa kisah tentang pengorbanan bagi membina sebuah titi untuk memudahkan orang ramai.

Telefilem ini menampilkan gandingan pelakon dan pengarah tersohor Michael Ang bersama adik Syed Ali sebagai teraju utama disamping pelakon-pelakon lain yang terlibat.

titi kayu

Sinopsis Telefilem Titi Kayu

Telefilem Titi Kayu mengisahkan tentang Ah Lim atau lebih mesra disapa Alim seorang yang lurus bendul. Alim sangat disenangi penduduk kampung yang majoritinya orang Melayu kerana keramahan dan sikap ringan tulangnya walaupun dia berbangsa Cina Peranakan.

Walaupun sudah berusia 35 tahun, dia bersahabat baik dengan Umar yang baru berumur 9 tahun. Rumah Alim dan Umar berhampiran namun dipisahkan dengan sebatang sungai.

Oleh itu, Alim terpaksa berkayuh basikal menggunakan jalan raya yang agak jauh setiap hari untuk menemui Umar.

Alim dan Umar memikirkan alternatif untuk membina sebuah titi kayu untuk menyeberangi sungai yang memisahkan rumah mereka.

Malah idea itu juga tercetus selepas dia terpaksa menggunakan laluan jauh untuk membawa ibunya mendapatkan rawatan di hospital dan memakan masa yang lama.

Namun, idea mereka itu tidak diterima oleh ketua kampung iaitu Pak Samad. Alim dan Umar tekad untuk membina titi kayu itu dengan tangan mereka sendiri walaupun tidak mendapat bantuan orang kampung.

Berjayakah Alim dan Umar dalam misi mereka? 

Advertisements

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telemovie Titi Kayu ini ialah Michael Ang, Rizz Amin, Jaja Iliyes DFKL, Rahim Omar, Auntie Margarat, Adik Syed Ali dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Michael Ang sebagai Aalim/Cheong Ah Ling
  • Syed Ali Murtadha sebagai Umar
  • Rizz Amin sebagai Zali
  • Auntie Margaret Gan sebagai Mei Ling
  • Iqram Dinzly sebagai Ali
  • Aril Shahril sebagai Latief
  • Jaja Iliyes sebagai Cikgu Sara
  • Rahim Omar sebagai Pak Samad

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin, penulisan skrip daripada Jo Sidek dan diterbitkan oleh produksi Eleven Field Creative Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan semula telefilem Titi Kayu yang akan bersiaran pada 10 Februari 2024, hari Sabtu, pukul 2.00 petang di slot Cereka Pilihan di TV3 dan online Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cerekapilihan di TV3
Tarikh : 10 Februari 2024 (Sabtu)
Waktu : 2.00 Petang
Penulis Skrip : Jo Sidek
Pengarah : Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin
Produksi : Eleven Field Creative Sdn. Bhd.

Leave a Comment