Telefilem Transit Terakhir Di TV3

Saksikan telefilem Transit Terakhir yang akan menemui penonton semula pada 19 Julai 2024, hari Jumaat, jam 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan arahan Ellie Suriaty Omar dan juga merangkap penulis skrip serta diterbitkan oleh syarikat produksi Enuja Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 19 Julai 2024 (Jumaat)
Masa : 1.00 Tengah Hari
Penulis Skrip : Ellie Suriaty
Pengarah : Ellie Suriaty
Produksi : Enuja Production Sdn. Bhd.

transit terakhir

Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon untuk telefilem ini seperti Amar Asyraf, Elgi Elvina, Fahrin Ahmad, Aleeza Kassim, Ruslan Salleh, Lisdawati, Dato’ Zamshuri, Hasnah Hashim, Badrolshah Abd. Manan, Isa Khan, Farah Ali Khan, Ikram Kamaruzzaman dan ramai lagi.

  • Amar Asyraf sebagai Khalif
  • Roslan Salleh sebagai Pak Akob
  • Hasnah Hashim sebagai Mak Nah

Sinopsis Telefilem Transit Terakhir

Telefilem Transit Terakhir mengisahkan Khalif, seorang graduan yang tidak bertanggungjawab terhadap ibu bapanya. Setelah ayahnya meninggal dunia, Khalif mula sedar dan terpaksa mengambil alih perniagaan ayahnya sebagai pemandu van jenazah.

Advertisements

Sebelum ini, Khalif berasa malu untuk membantu ayahnya dalam perniagaan tersebut dan lebih suka menghabiskan masa dengan berseronok dan berfoya-foya. Namun, kematian ayahnya menjadi titik perubahan dalam hidupnya.

Cerita ini turut menggabungkan beberapa kisah lain yang selari dengan perjalanan hidup Khalif, memberikan gambaran yang lebih mendalam tentang perubahan dan kesedaran dalam diri seorang anak.

Leave a Comment