Telefilem Waiduri Disebalik Pintu Di TV2

Jangan lupa saksikan kembali telefilem Waiduri Disebalik Pintu yang akan bersiaran pada 24 Februari 2025, hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau secara online di RTM Klik.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan arahan Din Glamour, nukilan skrip daripada Siti Jasmina Ibrahim dan diterbitkan oleh syarikat produksi Wibarisma Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2020
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 24 Februari 2025 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah : Din Glamour
Produksi : Wibarisma Sdn. Bhd.

waiduri disebalik pintu

Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Redza Rosli, Nur Risteena, Arash Mohd, Laila Nasir, Kuza dan ramai lagi.

  • Redza Rosli sebagai Umar
  • Nur Risteena sebagai Waiduri
  • Arash Mohd sebagai En. Syed
  • Laila Nasir sebagai Bibah

Sinopsis Waiduri Disebalik Pintu

Telefilem Waiduri Disebalik Pintu mengisahkan tentang Umar yang bekerja di kedai permaidani milik En. Syed manakala ibunya, Mak Cik Bibah membuka kedai barangan perkahwinan.

Ayu, seorang kenalan Umar yang bekerja di kedai berhampiran, sering keluar makan bersama Umar dan menaruh perasaan pada beliau.

Datin Suria menempah permaidani di kedai En. Syed dan Umar terlihat anak Datin iaitu Waiduri yang membuatkannya terpaku dengan kecantikan beliau.

Advertisements

Umar gembira apabila sudah beberapa kali bertemu dengan Waiduri atas urusan tempahan permaidani ibunya.

Dato’ Sulaiman, suami kepada Datin Suria terkejut apabila terserempak dengan Mak Cik Bibah yang merupakan kekasihnya yang terpisah sekian lama.

Datin Suria bersemuka dengan Mak Cik Bibah dan kemudiannya membatalkan tempahan permaidani dengan En. Syed.

Leave a Comment