Telefilem Waktu Khalil Di TV3

Jangan lupa saksikan kembali telefilem Waktu Khalil yang akan menemui penonton pada 28 September 2024, hari Sabtu, jam 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya disiarkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Shuhaimi Lua, nukilan skrip skrip daripada Sofia J. Rhyland dan diterbitkan oleh syarikat produksi Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 28 September 2024 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Skrip : Sofia J. Rhyland
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Kamal Adli, Puteri Aishah, Danish Hazriq, Aprena Manrose, Azza Elite, Tengku Zara, Feiyna Tajudin, Ferth Jasni, Atok Mid, Aliff Aiman dan ramai lagi.

Advertisements
  • Kamal Adli sebagai Wan
  • Puteri Aishah sebagai Atie
  • Danish Hazriq sebagai Khalil
  • Tengku Zara sebagai Kayla

Sinopsis Telefilem Waktu Khalil

Telemovie Waktu Khalil mengisahkan pasangan suami isteri, Atie dan Wan taasub terhadap media sosial dan kerja sehingga mengabaikan peranan mereka untuk mencurahkan kasih sayang terhadap dua anaknya, Khalil serta Kayla.

Satu hari, Khalil dilanggar lari ketika dalam perjalanan ke rumah kawan baiknya, Niko. Gambar kemalangan dimuat naik di media sosial dan menjadi tular. Berita itu diketahui Wan dan Atie selepas melihat gambar terbabit di media sosial mereka.

Leave a Comment