Table Of Content
Jangan lupa saksikan telefilem Yang Terakhir Untukku yang akan menemui penonton semula pada 24 Februari 2025, hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 dan secara online di Tonton.
Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan arahan Azmi Hatta dan diterbitkan oleh syarikat produksi Orangetree Production Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 24 Februari 2025 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Pengarah : Azmi Hatta
Produksi : Orangretree Production Sdn. Bhd.
Pelakon & Watak
Antara nama-nama pelakon yang membintangi telemovie ini seperti Sharnaaz Ahmad, Izara Aisyah, Aleza Shadan, Dato’ Eizlan Yusof, Puteri Aisyah, Mahmud Alibashah, Redzuan Hashim, Syahfiq Fiqz, Kay Maria dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Yang Terakhir Untukku
Telefilem Yang Terakhir Untukku mengisahkan tentang seorang perompak bernama Jay telah membuat perjanjian dengan adiknya, Min, bahawa rompakan yang bakal dilakukan adalah rompakan yang terakhir sebelum mereka memulakan hidup baru.
Untuk mendapatkan fail yang mengandungi kontrak yang diperlukan bosnya, Jay telah menyamar dan bekerja sebagai tukang kebun di rumah pasangan orang kaya.
Jay mula berkawan dengan anak tuan rumah tersebut yang bernama Dhia. Namun pada suatu hari, Jay tidak menyangka yang Dhia sedang berada dalam rumah dan menyedari perbuatannya yang sedang memecah masuk bilik ayahnya.
Dhia berasa sangat kecewa dengan tindakan Jay selepas dia ditangkap oleh pihak polis. Adakah persahabatan mereka masih akan kekal selepas apa yang telah berlaku?