Telemovie Adik Aku Datin Di TV2

Kali pertama disiarkan adalah pada tahun 2015 dan kini tahun 2024 telemovie Adik Aku Datin akan ditayangakn sekali lagi untuk tontonan ramai di RTM.

Sebuah cerita komedi yang mengisahkan bagaimana keterujaan seorang isteri bakal bergelar Datin kerana suaminya bakal mendapat gelaran Datuk.

Sinopsis Telemovie Adik Aku Datin

Telefilem Adik Aku Datin bermula dengan kisah apabila Mimi diberitahu bahawa suaminya Latif akan mendapat gelaran Datuk, dia telah memberitahu semua orang supaya memanggilnya Datin.

Kakak Mimi pula mempengaruhi Mimi agar menukar penampilan, membeli kereta baharu dan membuat ubah suai rumah sehingga telah menghabiskan wang simpanan ASB.

Latif kemudian memberitahu Mimi dia tidak jadi mendapat gelaran Datuk kerana telah ditipu oleh kawan baiknya. Apa yang terjadi kepada Mimi?

Barisan Pelakon & Watak

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Nadia Mustafa, Shamsul Ghau Ghau, Kazar Saisi, Suriati Baharom, Chomot Samad, Rahim Kadol, Roy Azman dan ramai lagi.

Advertisements
  • Nadia Mustafa sebagai Mimi
  • Kazar Saisi sebagai Latif
  • Shamsul Ghau Ghau sebagai Zainal
  • Roy Azman sebagai Amin

Produksi Dan Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2015 ini merupakan arahan Mohd Zaharizan Abdul Mubin, nukilan skrip daripada Rina Khan dan diterbitkan oleh produksi GBS Pictures Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Adik Aku Datin yang akan menemui penonton semula pada 26 April 2024, hari Jumaat, pukul 3.00 petang menerusi slot Drama On 2 di TV2 dan secara online di RTM Klik.

Leave a Comment