Telemovie Ketika Takbir Bergema Di TV2

Sempena Aidilfitri ini, malam raya anda akan disajikan kembali telefilem Ketika Takbir Bergema yang akan temui penonton menerusi saluran RTM di TV2.

Sebuah telemovie khas Aidilfitri yang mana sebelum ini pernah ditayangkan pada tahun 2023 dan kini akan dimainkan semula untuk tontonan ramai.

ketika takbir bergema

Sinopsis Telefilem Ketika Takbir Bergema

Telemovie Ketika Takbir Bergema mengisahkan tentang Fatimah yang terpisah dengan anak kandungnya, Nazira sejak dia berpindah ke Sarawak mengikut suami barunya, Azman.

Ibu mertua Fatimah menghasut Nazira membenci ibunya. Sebelum meninggal dunia, ibu mertua Fatimah berterus terang kepada Nazira bahawa Fatimah ada cuba menghubungi Nazira tetapi dihalang olehnya.

Azman yang mengidap kanser tidak mampu menjaga Fatimah yang juga sakit (Alzheimer) dan menghantar Fatimah ke sebuah pusat penjagaan orang tua.

Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat seperti Wan Nor Azlin, Nur Risteena, Raja Afiq, Tash Yong Raja Afiq, Puteri Darwisyah, Rashidah Jaafar, Rahmah Harun, Nazry Zahar, Cahaya Eina dan ramai lagi.

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Mohamed Nor Bujang, nukilan skrip daripada Siti Hawa Ibrahim dan diterbitkan oleh produksi Citra Ummah Network Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Ketika Takbir Bergema yang akan bersiaran pada 9 April 2024, hari Selasa, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau secara online striming di RTM Klik.

Advertisements

Saluran Penyiaran

Slot Drama On 2 di TV2

Tarikh Tayangan

9 April 2024 (Selasa)

Waktu Bersiaran

9.00 Malam

Leave a Comment