Telemovie Raya Kurung Kerawang Untuk Adik (Astro Ria)

Malam raya anda akan disajikan dengan sebuah telefilem berjudul Kurung Kerawang Untuk Adik yang akan menemui penonton pada hari raya ketiga.

Telefilem yang bakal ditayangkan menerusi Astro Ria ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Syafie Naswip, Noorkhiriah, Idzham Ismail dan ramai lagi.

kurung kerawang untuk adik

Sinopsis Telefilem Kurung Kerawang Untuk Adik

Kurung Kerawang Untuk Adik mengisahkan tentang bagaimana pengorbanan Awi yang mengambil tanggungjawab untuk membesarkan tiga orang adiknya dan salah seorang dari adiknya, Yana merupakan anak kurang upaya juga penghidap penykit jantung kronik.

Semasa meminta bantuan keluarga untuk membantu Yana, Awi tanpa sengaja telah mencederakan makciknya iaitu Saerha dan menyebabkan dia dihukum penjara selama 2 tahun.

Apabila keluar dari penjara impiannya untuk membeli baju kurung kerawang buat adiknya, Yana kerana telah berjanji. Namun untuk mendapatkan pekerjaan dan kepercayaan dari masyarakat adalah satu cabaran kerana di adalah bekas banduan.

Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Shafie Naswip, Noorkhiriah, Puteri Rafasya, Hariz Hamdan, Hafiz Nolan, Farhan Nordin, Idzham Ismail, Zarynn Min, Nasz Sally dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Syafie Naswip sebagai Awi
  • Puteri Rafasya sebagai Yana
  • Farhan Nordin sebagai Hanif
  • Idzham Ismail sebagai Junid
  • Zarynn Min sebagai Saerah

Produksi & Pengarah

Selain daripada Hijab Pendosa, produksi SR One Sdn. Bhd. juga menerbitkan telefilem ini yang mana ianya diarahkan oleh Amy Nawari dan skrip ditulis oleh Liza Nur.

Waktu Bersiaran

Tonton telefilem Kurung Kerawang Untuk Adik yang akan bersiaran pada 12 April 2024, hari Jumaat, pukul 11.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan Astro Go.

Advertisements

Info Penuh Telemovie

Tayangan : Astro Ria
Tarikh : 12 April 2024 (Jumaat)
Waktu : 11.00 Malam
Skrip : Liza Nur
Pengarah : Amy Nawari
Produksi : SR One Sdn. Bhd.

Dimana Ditayangkan?

Astro Ria

Tarikh Ditayangkan?

12 April 2024 (Jumaat)

Waktu Bersiaran

11.00 Malam

Leave a Comment