Telemovie Muazzin Di TV9

Ikuti kisah alam percintaan seorang doktor bernama Hawa menerusi telefilem Muazzin yang akan menemui penonton sekali lagi menerusi Skrin Di 9 di TV9.

Sebuah telefilem dengan genre drama percintaan ini pernah ditayangkan pada tahun 2016 dan kini akan bersiaran semula untuk tontonan ramai.

Sinopsis Telefilem Muazzin

Telemovie Muazzin mengisahkan Hawa, seorang doktor berusia 30-an, yang masih belum lagi berkahwin dan tidak mempunyai perasaan cinta terhadap lelaki setelah gagal bercinta buat pertama kali.

Walaupun Hawa hanya berdoa dan berserah kepada Tuhan dalam menentukan jodohnya, ayah Hawa, Imam Agus, tetap risau dengan keadaan anak gadisnya yang sentiasa menolak setiap lamaran. Dia menasihatkan Hawa agar mencari jodoh dengan segera kerana dia amat berharap untuk menimang seorang cucu suatu hari nanti.

Pada suatu hari, ketika azan Subuh sedang berkumandang, secara tiba-tibanya Hawa terbuka hati ingin mengenali muazzin yang melaungkan azan Subuh dari masjid berhampiran dengan kawasan rumahnya. Malangnya, tiada sesiapa pun yang mengenali muazzin subuh itu.

Oleh kerana tidak mengenali muazzin subuh yang berjaya membuka pintu hati Hawa itu, Hawa kerap mengulang sebahagian azan yang sempat dirakam untuk merawat kekecewaannya.

Namun, malang tidak berbau, Hawa telah pun menimpa kemalangan ketika memandu dan dia tidak berkesempatan untuk memohon maaf dengan pemilik kereta yang dilanggarnya itu.

muazzin

Pemilik kereta yang bernama Azan itu hanya berlalu pergi apabila Hawa cuba memohon maaf atas kecuaiannya ketika memandu. Ini telah menyebabkan Hawa rasa terhina.

Untuk menenangkan emosinya apabila dia berasa sakit hati setiap kali dia teringat akan sikap Azan yang langsung tidak menghiraukannya, Hawa akan sentiasa mendengar rakaman azan yang dilaungkan oleh muazzin misteri itu.

Tanpa diduga, Azan telah mengirim surat kepada Hawa untuk memohon maaf tentang sikapnya yang menyakitkan hati itu. Adakah Hawa akan memaafkan Azan?

Pelakon Dan Watak Lakonan

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam cerita ini seperti Zara Zya, Zaidi Omar, Amyza Adnan, Amar Asyraf, Hamid Gurkha, Acong Sweetchild, Mohammad Norhafizol dan ramai lagi.

Advertisements
  • Zara Zya sebagai Dr. Hawa
  • Zaidi Omar sebagai Imam Agus
  • Amyza Adnan sebagai Hajah Siti
  • Amar Asyraf sebagai Azan
  • Hamid Gurkha sebagai Hj. Bahar
  • Acong Sweetchild sebagai Atan

Produksi & Pengarah

Telemovie asalnya ditayangkan pada tahun 2016 merupakan arahan Zul Huzaimy Marzuki, nukilan skrip daripada Shahruddin Bin Jamil dan diterbitkan oleh syarikat produksi Enuja Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Saksikan telefilem Muazzin yang akan menemui penonton semula pada 29 April 2024, hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh strim secara online di Tonton.

Dimana Disiarkan

Slot Skrin Di 9 di TV9

Waktu Disiarkan

29 April 2024 (Isnin), jam 8.30 malam

Leave a Comment