Telemovie Rendang Punya Pasal Di TV2

RTM bawakan kembali telefilem Rendang Punya Pasal sempena Aidilfitri kali ini menerusi slot Drama On 2 di TV2 dimana akan bersiaran pada 22 April ini.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2017 ini menampilkan lakonan daripada Syafie Naswip dan Dayana Roza sebagai teraju utama.

rendang punya pasal

Sinopsis Telefilem Rendang Punya Pasal

Telefilem Rendang Punya Pasal mengisahkan tentang Muzafar iaitu seorang pemuda yang mencari guru untuk mempelajari ilmu membuat rendang.

Muzafar ingin belajar adalah demi membersihkan nama baik bapanya Pak Sidek, seorang pakar rendang dikampungnya disamping dapat meraih semula cintanya.

Pelakon & Watak

Telefilem ini mengetengahkan pelakon seperti Syafie Naswip, Dayana Roza, Zaidi Omar, Datin Fadilah Mansor, Fathil Dani, Badrul Munir, Reza Hasbi, Abby Nour dan ramai lagi.

  • Syafie Naswip sebagia Muzafar
  • Dayana Roza sebagai Maizura
  • Zaidi Omar sebagai Pak Sidek
  • Datin Fadilah Mansor sebagai Mak Zizah
  • Badrul Munir sebagai Pak Akob
  • Fathil Dani sebagai Hj Ghani
  • Reza Hasbi sebagai Talha
  • Abby Nour sebagai Faikah

Produksi & Pengarah

Telemovie yang asalnya ditayangkan sempena Aidilfitri pada tahun 2017 ini merupakan arahan Asri Alias, nukilan skrip daripada Nazri Awang dan diterbitkan oleh produksi Marzuq Global Sdn. Bhd.

Advertisements

Waktu Bersiaran

Saksikan telefilem Rendang Punya Pasal pada 22 April 2024, bersiaran semula pada hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Dimana Disiarkan

Slot Drama On 2 di TV2

Waktu Disiarkan

22 April 2024 (Isnin), jam 9.00 malam

Leave a Comment