Telemovie Romantika Bulan Madu Di TV9

Telefilem Romantika Bulan Madu ini pada awalnya ditayangkan pada tahun 2015 lagi, tapi kini akan menemui penonton sekali lagi menerusi slot Skrin Di 9 di TV9.

Ianya merupakan telefilem dengan genre romantik dengan menampilkan Amar Asyraf bersaam Risteena Munim sebagai teraju utama.

romantika bulan madu

Sinopsis Telefilem Romantika Bulan Madu

Telemovie Romantika Bulan Madu mengisahkan tentang Aida iaitu seorang tukang masak profesional yang mempunyai ramal kenalan wanita.

Meskipun begitu, dia hanya menganggap mereka adalah sebagai kenalan biasa sahaja. Dalam masa itu juga, ibu bapanya sering mendesaknya untuk berkahwin.

Adakah permintaan orang tuanya akan direalisasikan? Adakah Aidan sudah mempunyai calon yang sesuai untuk dijadikan isteri?

Pelakon Dan Watak Lakonan

Berikut merupakan barisan pelakon telefilem ini seperti Amar Asyraf, Risteena Munim, Rizman Khuzaimi, Fazlina Ahmad Daud, Khairil Anwar Aman, Liza Zain, Jusri Johan dan ramai lagi.

Advertisements
  • Amar Asyraf sebagai Aidan
  • Risteena Munim sebagai Iris
  • Rizman Khuzaimi sebagai Pak Musa
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Mak Ani
  • Khairil Anwar Aman sebagai Ayah Aidan
  • Liza Zain sebagai Ibu Aidan

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2015 ini merupakan arahan Jamal Khan, nukilan skrip daripada Zuraidah Kassim dan diterbitkan oleh Primeworks Studio.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan semula telefilem Romantika Bulan Madu yang akan menemui penonton pada 10 Mei 2024, hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau secara online di Tonton.

Leave a Comment