Telemovie Syurga Yang Tersia Di TV3

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kembali telemovie Syurga Yang Tersia yang akan ditayangkan pada Sabtu, 25 Julai 2026, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3.

Bagi yang ingin menontonnya secara dalam talian, telefilem ini turut tersedia menerusi platform Tonton di https://www.tonton.com.my/ sebagai tontonan On Demand.

Telefilem ini mula menemui penonton pada 2024. Ia diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli, manakala skripnya dihasilkan oleh Shaza Talib. Naskhah ini diterbitkan oleh sebuah syarikat produksi tempatan, Anomali Media.

Tayangan Asal : 2024
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 25 Julai 2026 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Idea Asal : Panel Skrip Anomali Media
Penulis Skrip : Shaza Talib
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Produksi : Anomali Media

Pelakon & Watak

Telemovie Syurga Yang Tersia dibarisi oleh ramai pelakon berbakat tanah air, antaranya Niezam Zaidi, Trisha Ooi, Iman Suhana, Katijah Tan, Izzy Reef, Riena Amirah, Rafique Iskandar, Eyda Rahman dan ramai lagi.

  • Niezam Zaidi sebagai Arman
  • Trisha Ooi sebagai Zahirah
  • Iman  Suhana sebagai Intan
  • Katijah Tan sebagai Aminah
  • Izzy Reef sebagai Shah
  • Riena Amirah sebagai Muna
  • Rafique Iskandar sebagai Rizal
  • Eyda Rahman sebagai Ikin

Sinopsis Telemovie Syurga Yang Tersia

Telemovie Syurga Yang Tersia mengisahkan tentang Arman yang kehilangan pekerjaan selepas diberhentikan oleh syarikat tempatnya bekerja akibat kegawatan ekonomi.

Walaupun dia berusaha sedaya upaya mendapatkan pekerjaan baharu, setiap usahanya menemui jalan buntu sehingga keadaan kewangan keluarga semakin meruncing.

Situasi tersebut memberi tekanan hebat kepada isterinya, Zahira, seorang wanita berkerjaya yang terpaksa memikul tanggungjawab sebagai pencari nafkah utama keluarga.

Tekanan hidup yang semakin memuncak menyebabkan Zahira berubah menjadi seorang yang panas baran dan bertindak melakukan penderaan terhadap Arman, bukan sahaja dari segi fizikal, malah turut menyakiti emosi serta perasaannya.

Sumber : semuanyadrama.com