Terima Kasih Ramadan Di TV9

Sempena Ramadan kali ini akan disiarkan semula telefilem Terima Kasih Ramadan menerusi saluran TV9 yang mana sebelum ini pernah ditayangkan pada tahun 2017.

Telefilem ini menampilkan gandingan Fasha Sandha dan Aqasha sebagai teraju utama disamping lakonan daripada Muhammad Benladin

Untuk info, menerusi telefilem ini juga, pelakon jelita, Fasha Sandha telah meraih Pelakon Terbaik Drama dalam Anugerah Skrin 2017 (ASK) ketika itu.

terima kasih ramadan

Sinopsis Telefilem Terima Kasih Ramadan

Telefilem Terima Kasih Ramadan mengisahkan tentang kehidupan pasangan Maria dan Iskandar yang mengambil Ramadan sebagai anak angkat selepas mereka tidak dikuarniakan anak meskipun telah berkahwin selama 6 tahun.

Lebih bahagia lagi mereka apabila Maria disahkan mengandung. Namun, Maria keguguran akibat kemalangan dan mula membenci Ramadan yang dianggap pembawa malang.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini ialah Muhammad Benladin, Fasha Sandha, Aqasha, Abdul Razak Ahmad, Azizah Mahzan, Numan, Mama Sheeda dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Muhammad Benladin sebagai Ramadan
  • Fasha Sandha sebagai Maria
  • Aqasha sebagai Iskandar
  • Abdul Razak Ahmad sebagai Tok Ayah
  • Azizah Mahzan sebagai Nenek

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan arahan Pali Yahya, penulisan skrip daripada Linda Ramli dan diterbitkan oleh produksi ZK Creative Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan semula telefilem Terima Kasih Ramadan pada 25 Mac 2024, bersiaran pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Info Penuh Telefilem

Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 25 Mac 2024 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Skrip : Linda Ramli
Pengarah : Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi : ZK Creative Production Sdn. Bhd.

Leave a Comment