Telefilem Terompak Sana Tertukar Sini Di Astro Warna

Malam hujung minggu anda kali ini akan disajikan dengan sebuah telefilem komedi berjudul Terompak Sana Tertukar Sini yang akan menemui penonton pada 13 September 2024 menerusi saluran Astro Warna.

Dalam telemovie ini kita bakal dapat saksikan gandingan ‘rare’ antara Zamarul Hisham bersama Kak Lina Pom Pom sebagai teraju utama. Pastinya penonton tidak akan kering gus melayan kerena mereka sepanjang penceritaan.

Sinopsis Telefilem Terompak Sana Terukar Sini

Telefilem Terompak Sana Tertukar Sini mengisahkan apabila Julia dan suaminya, Romi yang muflis dimaklumkan tentang kesihatan anaknya, mereka nekad untuk merompak demi mendapatkan dana.

Namun ketika melakukan rompakan, terjadi satu insiden ajaib menyebabkan mereka suami isteri tertukar badan. Romi terpaksa hadap drama kaum perempuan, Julia pula kena hidup jadi lelaki Berjayakah mereka menemui jalan kembali kepada badan asal mereka?

Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini iaitu Elly Mazlein, Zamarul Hisham, Kartina Aziz, Ibad Yaala, Putri Delynna, Mandy Chong dan ramai lagi.

  • Elly Mazlein sebagai Julia
  • Zamarul Hisham sebagai Romi
  • Kashfi Haiqal sebagai Capik
  • Putri Dellyna sebagai Erin
  • Ibad Yaala sebagai Ijoy
  • Kartina Aziz seabgai Kumalakunti

Produksi Dan Pengarah

Telefilem komedi ini merupakan arahan Izuan Mokhtar, nukilan skrip daripada Marr Mohamad dan diterbitkan oleh syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd.

Advertisements

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Terompak Sana Tertukar Sini yang akan bersiaran pada 13 September 2024, hari Jumaat, pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Warna 107.

Selain itu, penonton juga boleh tonton secara striming menerusi platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile sejurus selepas habis tayangan di tv.

Leave a Comment