Table Of Content
Sempena Maulidur Rasul, RTM bawakan telefilem Lembayung Senja yang akan menemui penonton pada 6 September 2025, hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 dan secara online di RTM Klik.
Telefilem yang mengangkat tema pengampunan dan perjalanan spiritual seorang hamba ini merupakan arahan Zairol Fahmee Khairuddin, nukilan skrip daripada Hariry Jalil dan diterbitkan oleh produksi Unit Drama TV RTM sendiri.
Tayangan : Panggung RTM di TV1
Tarikh : 6 September 2025 (Sabtu)
Masa : 9.00 PM
Penulis Skrip : Hariry Jalil
Pengarah : Zairul Fahmee Khairuddin
Produksi : Unit Drama TV RTM

Pelakon & Watak Lakonan
Berikut merupakan antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Yaakob Abd Aziz, Khai Sabri, Riz Amin, Ku Farisah, Soffi Jikan, Ariel Ganu, Tengku Hamidah dan ramai lagi.
- Yaakob Abd Aziz sebagai Pak Aki
- Khai Sabri sebagai Zaki
- Ku Farisah sebagai Sukma
Sinopsis Telefilem Lembayung Senja
Telefilem Lembayung Senja mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Pak Aki iaitu bekas pembunuh upahan berusia 60 tahun yang memikul beban dosa bertahun-tahun lamanya.
Selepas puluhan tahun menyepi, Pak Aki kembali ke Kampung Hulu, tempat dia pernah melakukan pembunuhan pertama. Merupakan sebuah peristiwa hitam yang menjadi titik tolak hidupnya.
Namun, kepulangan itu bukan tanpa tujuan. Dia mahu menebus dosa, mencari keampunan, dan menenangkan jiwanya sebelum ajal menjemput.
Lebih menyayat hati, Pak Aki pernah jatuh cinta kepada Sukma, anak gadis kepada lelaki yang pernah menjadi mangsanya. Konflik dalaman yang terhasil daripada cinta dan dosa silam ini menjadikan telefilem ini sarat dengan emosi dan pengajaran.





